~Sabah Negeri Dibawah Bayu~ Episod Terakhir

Syukur, Alhamdulillah... Allah masih memanjangkan umur saya pada hari untuk meneruskan penceritaan kembaraan kami dibumi Sabah.

Hari ke-4 


  • Muzium Sabah
Destinasi kami untuk hari terakhir ini adalah menjejaki sejarah negeri Sabah. Ke mana lagi kalau bukan ke Muzium Sabah. Yuran kemasukan cuma RM2.00. Peraturan disini tidak membenarkan mengambil gambar di galeri pameran jadi tiada gambar dari koleksi kami yang boleh dikongsi. Tak apalah asalkan ilmu dan pengalaman kami yang sedikit ini dapat dikongsikan bersama.


Dari pintu masuk muzium dapat dilihat rangka sepeninggalan si paus yang sungguh kasihan. Kasihan sangat sebab si paus ni tahu dia akan mati dan membiarkan tubuhnya terdampar di tepi laut. Bila ditolak semula ke tengah ia kembali semula sehingga nafasnya yang terakhir.

Menurut artikel yang kami baca disana, disebabkan ianya satu keunikan jadi pihak berkuasa kerajaan Sabah bercadang untuk menjadikan ia sumber tarikan & sejarah untuk di tempatkan dimuzium mereka.

Sumber : Google

Benda kedua yang menarik minat kami adalah gambaran pengkebumian yang diamalkan oleh beberapa puak disana. Mereka meletakkan mayat didalam tempayan yang besar mengikut saiz si mati. Mahu mengigil nak mengintai dalam tempayan tersebut walaupun hati meronta-ronta nak tengok. Ikutkan tak de apa-apa pun dalam tempayan tu biasala kalau idea kreatif pasal hantu dah bermaharajalela mana mampu ku tangkis iye dak! uish~

Sumber : Google

Di dalam muzium ini juga terdapat koleksi senjata lama, ukiran, barangan seramik dan juga alat - alat muzik tradisional. Keunikan Sabah Borneo ini juga kerana mereka memiliki pelbagai suku kaum dari Kadazan Dusun, Murut, Brunei, Bajau dan lain-lain. Kekuasaan Allah menjadikan manusia dari berbagai rupa, bangsa, suku kaum, dan agama untuk kita berkenal-kenalan. Bersesuaian dengan ayat Allah ini:-

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu lelaki dan perempuan, dan Kami menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Al-Hujurat:13)


Bersebelahan Muzium ini juga terdapat Kampung Warisan tapi disebabkan kepenatan kami bertawaf dalam muzium tersebut menyebabkan kami membatalkan hasrat untuk meneruskan tawaf di Kampung Warisan pula. Kalau teruskan jugak mau merangkak pulang kepenatan yok!

Sumber : Google


  • Sunset Bar, Shangri - La Tanjung Aru.
Sumber : Google

Si suami tahu isterinya suka bebenor melihat matahari terbenam diwaktu petang jadi dibawanya saya kesini. Cantik, walaupun hanya 10minit untuk melihat matahari terbenam dari jarak dekat tapi cukup memuaskan hati. Siapa yang tak teruja melihat ciptaan Allah sambil berzikir kepada penciptanya. Makanan & minuman disini sesuai dengan suasananya yang santai tetapi mengasyikkan. Hanya Sate, Kepak Ayam, & Fruit Punch cukup untuk kami berbuka puasa sambil menikmati keindahan bumi Allah ini dengan penuh syukur.




  • Perdana Park, Water Dance @ Tanjung Aru
Sumber : Google

Destinasi terakhir kami di hari ke-4 ini kami sudahi dengan bibit-bibit cinta dari pancutan air yang berwarna-warni disini. Hanya perlu membayar untuk parking sahaja. Ianya dibuka setiap hari dari pukul 6pagi hingga 10malam. Lagu dan tarian air (musical fountain) ini dimainkan cuma 10minit. Sementara menunggu set lagu yang berikutnya jadi bolehlah berbual, berjenaka dengan suami tercinta. Bila muzik dimainkan mulala badan bergerak mengikut alunan lagu. Begitu menghiburkan!


Kepada yang tidak dapat memahami keseronokan dan keasyikkan yang saya rasai, saya sertakan video yang saya ambil dari youtube ini untuk tatapan anda.. Enjoy!



Berakhirlah pengembaraan yang cukup indah dari kami berdua. Ini kenangan dan pengalaman kami. Yang baik itu semuanya datang dari Allah. Moga Allah memberkati dan merahmati kami dan pembaca blog ini. Amin Ya Rabbal Alamin~

Comments

Popular posts from this blog

Hebatnya hubungan adik-beradik !

❦Baju Nikah❦

:: Redah & Terjah ke Lombok ::