:: Redah & Terjah ke Lombok :: Episod 2

2/12/2015 - Rabu

~ Gili Trawangan ~

Perjalanan kali nie tak dela naik motor je sepanjang hari.. Kami meluncur laju dengan speed boat ke Gili Trawangan ... Kalau yang nak berhoneymoon, better menginap je terus disini... Pilihan hotel pun banyak dan yang pasti sangat dekat dengan pantai...



Di sini macam-macam aktiviti laut yang boleh korang buat. Sesiapa yang minat dengan aktiviti laut bolehla snorkeling bagai... Aku yang tak berapa gemar nie jalan - jalan cuci mata jela.. Team lain tak lepaskan peluang terjun kelaut (diving) untuk bermanja dengan hidupan laut disini...




Nie part yang paling best!!!! MAKAN hahahaha....
Perut lapar, tekak dahaga, kaki penat berjalan... lengkapla segala...
Kita makan dulu... Psssttt!!! kat lombok nie tak payah nak beli simcard wei... mane2 je ada Wi-Fi....best siot!!!



Okey..perut dah kenyang...
Sementara menunggu kawan-kawan lain selesai makan, kami berjalan lagi dan lagi menghirup udara segar dan merasai angin sepoi-sepoi sebelum bertolak ke destinasi seterusnya...




~ Pantai Vulkanik Nipah ~



Sebelum kami pulang ke hotel, kami singgah ke Pantai Vulkanik Nipah. Menikmati jagung bakar sambil melihat matahari terbenam membuatkan kami terpesona dengan keindahan ciptaan Allah yang Maha Esa.


Alhamdulillah... perjalanan memang agak memenatkan tapi bila dapat merasai dan melihat keindahan ciptaan Allah, hilang terus penat tu diganti dengan rasa teruja.

Berakhir perjalanan kami untuk hari ini... InsyaAllah sambungannya akan menyusul kemudian... Tada!!!

Never laugh at your wife's choices.You are one of them...hahaha

Comments

Popular posts from this blog

Hebatnya hubungan adik-beradik !

❦Baju Nikah❦

:: Redah & Terjah ke Lombok ::