Posts

Showing posts from 2015

:: Redah & Terjah ke Lombok ::

Image
~Episod 1~ Alhamdulillah pulau idaman sudah diterjah. Kepuasan bercuti kali ini apabila dipenuhi aktiviti dari awal pagi hingga ke malam hari. Walau hanya 4hari 3malam tapi cukup memberi pengalaman yang paling berharga dalam hidup. Moga secebis pengalaman ini mampu membuatkan anda disana meletakkan Lombok sebagai salah satu tempat yang patut anda terjah dan hayati keindahannya.. InsyaAllah.. 30/11/2015 - Isnin   Percutian ke Lombok adalah salah satu aktiviti suami bersama kawan-kawannya. Kali ini kami bercuti bukan berdua tapi disertai oleh 20 orang lelaki yang gagah perkasa dan 4 wanita yang gigih melayani keletah mereka yang bermacam-macam ragam dan gaya. Biasalah bila ramai dikalangan lelaki gagah ini bercuti tanpa anak dan bini, perangai kebudak-budakkan terserlah 200% tetapi yang pastinya bercuti bersama mereka adalah pengalaman yang sangat menyeronokkan.  Flight kami dari KLIA2 ke Lombok mengambil masa selama 3jam. Ada sedikit kelewatan untuk flight AirAsia jadi pada