Posts

Showing posts from 2014

:: Teristimewa ::

Image
Tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya. Maaf zahir & batin. Moga ramadhan kali ini menjadikan kita lebih baik dari ramadhan sebelumnya. Insya Allah... Hari ini saya cuba ketengahkan topik "Kasih Sayang Sesama Insan". Hati tergerak untuk menaip atas permintaan abang angkat kesayangan saya nie. Harapan saya agar abang saya ini berpuashati dengan kupasan peribadi tentang dirinya diruang ini. Kadang-kadang kita tak perasan pun yang kita pernah berprasangka buruk dan prejudis pada sesuatu bangsa atau kaum. Kita manusia biasa tak lari dari berbuat salah. Saya sendiri pernah berprasangka negatif pada bangsa lain tapi bila dah berkerja dan berkawan dengan mereka ternyata telahan saya salah sama sekali. Rambut sama hitam tapi hati lain-lain, tetapi ikut zaman kita nie rambut tak sama hitam, hati lagila pulak kan. Alhamdulillah saya berpeluang mengenali mereka yang saya kasihi. Ini cerita saya, sahabat saya dan keluarga baru saya. Moga ikatan ini akan kekal hi

~Sabah Negeri Dibawah Bayu~ Episod Terakhir

Image
Syukur, Alhamdulillah... Allah masih memanjangkan umur saya pada hari untuk meneruskan penceritaan kembaraan kami dibumi Sabah. Hari ke-4  Muzium Sabah Destinasi kami untuk hari terakhir ini adalah menjejaki sejarah negeri Sabah. Ke mana lagi kalau bukan ke Muzium Sabah. Yuran kemasukan cuma RM2.00. Peraturan disini tidak membenarkan mengambil gambar di galeri pameran jadi tiada gambar dari koleksi kami yang boleh dikongsi. Tak apalah asalkan ilmu dan pengalaman kami yang sedikit ini dapat dikongsikan bersama. Dari pintu masuk muzium dapat dilihat rangka sepeninggalan si paus yang sungguh kasihan. Kasihan sangat sebab si paus ni tahu dia akan mati dan membiarkan tubuhnya terdampar di tepi laut. Bila ditolak semula ke tengah ia kembali semula sehingga nafasnya yang terakhir. Menurut artikel yang kami baca disana, disebabkan ianya satu keunikan jadi pihak berkuasa kerajaan Sabah bercadang untuk menjadikan ia sumber tarikan & sejarah untuk di tempatkan dimuzium mereka.

~Sabah Negeri Dibawah Bayu~ Episod 2

Image
Sambungan dari episod 1.... Tagal Sungai Moroli, Kampung Luanti Baru, Ranau (Fish Massage) Kami meneruskan perjalanan kami di hari yang kedua ini dengan menimba pengalaman diurut oleh sekumpulan kawanan ikan di Kampung Luanti Baru. Bayaran masuk mengikut jenis urutan yang kita inginkan. Terdapat 2 jenis urutan. Pertama : Mandi bersama ikan, dan yang kedua : Rendam kaki hingga paras lutut. Disebabkan aurat wanita sangat terbatas dan demi menjaga maruah isteri tercinta, suami sudi mengorbankan  kaki yang debab itu untuk diulit dan diurut oleh kawanan ikan tersebut. Mahahahaha! Ikan-ikan disini agak besar habaq hang! Tapi yang besar kehitam-hitaman hanya lalu dicelah-celah kaki yang kecik memainkan peranan penting dalam proses urutan tersebut. Mau terjerit-jerit sakit! Hahaha... Nasib baik batas aurat menyelamatkan keadaan kalau tidak alamat kena buli la dengan si suami nie. Makanan ikan ada tersedia disini. Satu paket kecil RM0.20 sahaja. Terhad kepada 2 paket seo

~Sabah Negeri Dibawah Bayu~ Episod 1

Image
Indah! Hanya satu perkataan tetapi mampu menceritakan keindahan negeri Sabah. Banyak tempat persinggahan yang boleh dilawati. Sediakan diri dengan fizikal yang sihat dan mental yang bebas untuk menyusuri setiap sudut dan pelosok negeri dibawah bayu ini. Terdapat banyak rujukan yang boleh diambil sebelum bercuti disini. Saya sediakan satu, hasil pengalaman saya dan suami sepanjang bercuti di Sabah. Percutian kali ini mengambil masa 5 hari 4 malam. Tarikh : 29/6/2014 - 3/7/2014 (Bulan Puasa) Walaupun bercuti dibulan puasa tapi kaki tetap melangkah gagah. Kebaikannya disini boleh skip makan tengahari dan cepat sampai ke destinasi hehehe.. Baiklah dibawah saya akan menceritakan satu persatu destinasi yang kami tuju, pengalaman dari airport KKIA, penginapan, tempat makan dan destinasi yang menarik. Penerbangan ke Sabah mengambil masa 2jam 30minit. KLIA > Labuan (2 Jam) Labuan > KKIA (30 Minit) Kereta Sewa Apabila sampai je di airport Kota Kinabalu (KKIA