~Sabah Negeri Dibawah Bayu~ Episod 2

Sambungan dari episod 1....

  • Tagal Sungai Moroli, Kampung Luanti Baru, Ranau (Fish Massage)


Kami meneruskan perjalanan kami di hari yang kedua ini dengan menimba pengalaman diurut oleh sekumpulan kawanan ikan di Kampung Luanti Baru. Bayaran masuk mengikut jenis urutan yang kita inginkan. Terdapat 2 jenis urutan. Pertama : Mandi bersama ikan, dan yang kedua : Rendam kaki hingga paras lutut. Disebabkan aurat wanita sangat terbatas dan demi menjaga maruah isteri tercinta, suami sudi mengorbankan  kaki yang debab itu untuk diulit dan diurut oleh kawanan ikan tersebut. Mahahahaha!


Ikan-ikan disini agak besar habaq hang! Tapi yang besar kehitam-hitaman hanya lalu dicelah-celah kaki yang kecik memainkan peranan penting dalam proses urutan tersebut. Mau terjerit-jerit sakit! Hahaha...
Nasib baik batas aurat menyelamatkan keadaan kalau tidak alamat kena buli la dengan si suami nie.


Makanan ikan ada tersedia disini. Satu paket kecil RM0.20 sahaja. Terhad kepada 2 paket seorang. Masa yang diberikan untuk bermanja-manja bersama kawanan ikan cuma 20minit.Tersangat kagum dengan ikan-ikan disini . Ianya dibela di sungai bukan di kolam jadi agak kepelikan disitu kerana ikan-ikan tersebut terus setia bermastautin di satu tempat tanpa berenang-renang ke kawasan yang lain. Subhanallah...


Ditempat yang sama terdapat juga titi gantung melintasi sungai.Saya kurang pasti apa yang ada diseberang kami cuma sempat bergambar di titi gantung tersebut untuk dibuat tatapan indah dimasa akan datang.
Inilah destinasi terakhir kami pada hari yang kedua. Kami pulang semula ke Kota Kinabalu untuk berbuka puasa bersama kawan-kawan suami di penginapan mereka.



Hari Ke-3

  • Lok Kawi Wildlife Park, Penampang-Papar
Dihari yang ketiga ini kami berjalan-jalan melihat alam ke Lok kawi Wildlife Park. Terdapat lebih 100 species binatang termasuk mamalia, reptilia dan perbagai jenis burung beraneka jenis. Bayaran masuk RM5.00 seorang. Kami berjalan mengelilingi tempat tersebut dan berakhir dengan keletihan yang melampau. Puasakan....nak minum tak boleh.. mampu terliur je tengok air mineral sejuk dijual disana.... =P
Penat wooo...Haiwan tu pun puasa kot sebab asyik nak berehat jer! Huh!




  • Rumah Terbalik, Tamparuli


Yeay!!! Sudah sampai ke destinasi kedua dihari ketiga kami di Sabah. Sediakan minda anda dengan pengalaman yang menakjubkan disini. Kenapa saya suruh anda bersedia??? Sebab kita akan memasuki kawasan yang unik dimana semua strukturnya terbalik belaka. Sesiapa yang tak mudah menyetting minda anda dalam keadaan terbalik, jadilah seperti abang macho yang tegap badannya tetapi memegang tiang rumah kerana mengalami pening-pening lalat. Hahahahaha....


Bayaran masuk kesini cuma RM10.00 untuk dewasa. Kedatangan kami disambut oleh penyambut tetamu yang mesra dan sopan berkain batik. Kami dibawa melawat ke sekitar kawasan luar rumah dan hanya dibenarkan mengambil gambar di luar kawasan sahaja demi menjaga keunikan rumah tersebut. Keadaan di luar rumah seperti  rumah tipikal kaum melayu di Malaysia. Terdapat garaj kereta yang juga strukturnya terbalik. Ini adalah tapak persendirian bukan kerajaan disebabkan inilah kita sebagai tetamu tidak dibenarkan mengambil gambar didalam rumah. Kami menghormati permintaan tersebut dan menyimpan camera kami seperti yang diminta. Peralatan yang digunakan untuk menjadikan semua benda terbalik hanya gam, dan paku mengikut kesesuaian dan keberatan satu perkasasan rumah. Kerana keunikan rumah tersebut ianya layak tersenarai didalam Malaysia Book of Records . Subhanallah!




Sebelum masuk kerumah kami diminta untuk mengetuk gong yang berada di pintu masuk rumah sebanyak 3 kali. Ini untuk memaklumkan pada si tuan rumah yang tetamunya berada diluar. Kemudian, 3 kali ketukan lagi di pintu cukup membuatkan tuan rumah membuka pintu dan mengizinkan tetamu untuk masuk ke rumah.

Al- kisah dongeng terjadinya rumah terbalik ini:-
Rumah ini didiami oleh satu keluarga kecil yang terdiri daripada ibu, bapa dan seorang anak lelaki. Disebabkan anak lelakinya tersangatlah nakal jadi terkenalah sumpahan halilintar yang telah menterbalikkan rumah tersebut. Allahu a'lam... Inilah kisah dongeng yang diceritakan kepada kami.

Rumah tersebut mempunyai 2 bilik (1 bilik ibubapa, dan 1 bilik anak lelaki) ruang tamu, dapur dan bilik air. Kami hanya dibenarkan memasuki ruang yang berkarpet merah sahaja dan mengintai dari cermin dari atas siling untuk melihat struktur bilik. Ini bertujuan untuk melihat struktur susunan alatan bilik jika ianya tidak terbalik.

Kunjungan kami berakhir hingga ke pintu belakang rumah. Di laman belakang terdapat basikal, taman mini dan juga bilik air terbalik. Alhamdulillah.. kami tidak terbalik.. Wakakaka...





  • Restoran Nasi Padang, Jesselton Point
Ini adalah tempat yang dipilih oleh suami untuk berbuka puasa. Seperti yang dimaklumkan oleh suami kalau bukan dibulan ramadhan restoran ini dipenuhi ramai orang yang gemarkan masakan minang. Masakannya memang menambat selera. Masak lemaknya ada berbagai jenis. Rasanya.. Uuummppph!!! Terangkatlah!
Syukur alhamdulillah sambil menunggu waktu berbuka puasa mata kami dihidangkan dengan pemandangan laut yang mententeramkan jiwa. Besar sungguh kekuasaan Allah dan diberikan percuma pada kita didunia.


Ehhhh! Belum habis lagi episod pengembaraan kami. Episod akhir akan menyusul kemudian. InsyaAllah..


Comments

  1. Slm sis. Tumpag gembira. Tak ubah dari dlu yg suka mencoret bait-bait kata terindah. Kekalkn ia. Supya ianya menjadi penenang dijiwa. Gembira mengenalimu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hebatnya hubungan adik-beradik !

❦Baju Nikah❦

:: Redah & Terjah ke Lombok ::