Posts

Showing posts from August, 2011

❤ Kursus Perkahwinan ❤

Image
Salam, Tamat sudah kursus perkahwinan yg Ya hadiri. Alhamdulllah mencurah-curah ilmu yg diberikan kepada kami utk tempoh 2 hari ini. Sebagai peringatan untk teman2 dan Ya sendiri, kursus kahwin bukan sekadar memenuhi syarat perkahwinan tapi ambil ilmu yg diberikan sebagai panduan hidup berumahtangga. Bila Ya usulkan kepada abg Ya (abg kandung) tentang hasrat untuk menghadiri kursus kahwin, terus abg Ya bagi kad Mahligai Firdaus di Setiawangsa atas alasan penceramahnya hebat. Ternyata tepat cadangan abg Ya tu, tak henti-henti ketawa. Thankz Yop! Ya hadir dengan teman di ofis, Dan tak dapat hadir atas urusan kerja. Ya galakkan hadirla bersama pasangan agar sama-sama dapat mengenali  kesukaan dan apa yang tak disukai pasangan. Sijil akan siap selewat-lewatnya 4 hari dari tempoh selesainya kursus tersebut. Bagaimana nak daftar? Ya daftar online je. Pilih tarikh kemudian isi borang yg disediakan, beberapa jam selepasnya Ya terima mesej dari penganjur memaklumkan waktu pendaftaran. Mud

Best Wedding Proposal Ever !

Image
Saya terharu!!! sob sob..:') Memang terbaik perancangan si jejaka. Kalau Ya la mahu terkedu kat situ. Kagum, hebat & meletop!!! Sebagai seorang perempuan yang normal kita tak lari dari menyukai aksi romantik & kejutan dari jejaka. Kenangan mcm ni akan dibawa sampai mati. Berapa la kos untuk menyempurnakan majlis tu yek? Sempurna sgt, tak henti-henti si gadis mengalirkan air mata gembira :) Walau apa pun u all tonton la video ni k. Nilaila sendiri. Enjoy!                                    

~ Tunang ~

Image
Salam & Hi ! Bermula sudah episod perkahwinan. Ya adalah insan biasa yang tak lari dari keinginan untuk berkeluarga. Ada suami sebagai teman untuk berkongsi rasa dan ada anak untuk berkongi kasih dan sayang. Merujuk kepada buku hasil nukilan Hasrizal Abdul Jamil yang berjudul Aku Terima Nikahnya membawa maksud perkahwinan sebagai medan memberi yang paling mulia. Kalau kawan-kawan ingin tahu secara detail mengenai makna perkahwinan dapatkan senaskah buku ini sebagai panduan kepada pasangan yang akan & sudah berkahwin untuk mendalami erti perkahwinan yang sebenar. Ops! berjela pulak Ya berdiskusikan? Ok episod kali ini Ya nak ceritakan sedikit pengalaman Ya melalui detik-detik pertunangan.Pertunangan Ya bukan seperti orang lain yang berpakaian cantik mengikut tema, berbalas hantaran dan dikelilingi sanak-saudara. Pertunangan Ya hanya dihadiri oleh kaum keluarga terdekat sahaja itupun secari tak sengaja mereka menziarah keluarga Ya disebabkan cuti perayaan Deepavali. Tapi bu

:: Tunic ::

Image
Belek punya belek Ya terjumpa fesyen tudung terbaru disebut TUNIC! Menarik jugak, harga pun agak berpatutan. Ya rs ni adalah satu idea yg bagus dlm berfesyen. Selain labuhnya melebihi punggung, alunannya terletak cantik didada. Mari kira mengira budget untuk mencuba sehelai dua. Ayuh!!!  

:: Tudung ::

Image
Salam & Hi ! Sekarang ni Ya tengok mcm-mcm style tudung yang diguna pakai oleh wanita moden. Cantik,manis & bergaya.Walau bagaimana pun cara kita bertudung pastikan bahagian yang wajib ditutup tetap dipelihara bukan sekadar rambut dan leher ye kawan-kawan. Kalau bertudung kena juga dilihat pada kesesuaian muka disamping itu pilihan warna yang sesuai dgn warna kulit masing-masing. Baru menyerlah & memukau gitu. Lagi 2 minggu kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri jadi Ya akan selitkan beberapa video disini untuk panduan kita bergaya nanti. Selamat mencuba :)       

Cinta Muka Buku

Image
Ermmm...Ya rasa agak comel lagu ni. Bila adik Ya tunjukkan video clip ni Ya tersenyum sorang2 bukanla bermaksud lagu ni ada kaitan dgn Ya tapi judul lagu ni membuatkan Ya tersenyum sendiri. Bila difikirkan balik mesti ada jugak diantara kita yang bertemu jodoh dihalaman Facebook kan? Xpe yang penting kena kenal hati budi dl, kalau rasa sesuai tak salah teruskan perhubungan tu. Ok apa-apa pun Ya tujukan lagu ni untuk pengikut setia Ya atau untuk teman-teman yang hanya melintas di sini.

Saat Lafaz Sakinah

Image
Pernah dengar lagi ini? Tentang lafaz penyerahan tanggungjawab ayahanda kepada insan yg bergelar suami. Saat sahnya kalimah Aku Terima Nikahnya, secara automatik terlepas sudah tanggungjawab ayahanda dan ibunda untuk menjaga dan mendidik kita. Bukan Ya bermaksud ibu dan ayah tak ada hak keatas kita 100% cuma tugas yang suatu ketika dl menjadi hak mutlak ibu dan ayah sudah beralih ke bahu orang lain yg bergelar suami. Mungkin ini adalah permulaan Ya untuk berjinak-jinak dengan edisi perkahwinan, agar Ya benar-benar bersedia untuk tempuh "Saat Lafaz S akinah " ini

~Cerita Bulan Puasa~

Hari ini genap 14 hari umat islam berpuasa. Kerja sebagai "Customer Service" ni terpaksa melayan customer walaupun azan berkumandang. Rakyat kat Malaysia ni kadang-kadang pelik juga waktu sesama kita berbuka waktu tula nak call tak henti2. Sampai la Dya terima panggilan dari seorang uncle Cina ni. Dialognya lebih kurang mcm ni la:- Dya: Selamat Petang Dya bercakap, boleh saya bantu? (Berkumandang azan magrib di tv uncle A) Uncle A: Dya dah berbuka? Dya:Belum En.A. Uncle A: Dya berbuka la dl saya tggu Dya ditalian. Dya:Baik En.A (lalu cepat2 Dya makan kurma) Moral of the story...Hormatila bulan puasa ni.Moga2 kita menjadi hamba Allah yg hormat pada hamba yg lain.Amin~

Welcome to my 1st blog post!!!

Hi buat teman n bakal teman Dya... Dya bukan la nama sebenar tapi ini adalah nama manja yang bakal Dya gunakan buat teman yang dikenali & tak dikenali. Diharap blog ini dapat menjadi medan Dya luahkan isi hati umpama dairi umum untuk tatapan semua. Dya suka bercerita,waktu sekolah rendah masuk pertandingan bercerita, kemudian di sekolah menengah masuk pidato, dikala remaja di universiti Dya suka presentation dihadapan kelas, akhirnya Dya berkerja sebagai Perkhidmatan Pelanggan & tak lari dari bercakap selama 8 jam.MashaAllah :)  Alhamdullilah moga blog ini membantu Dya bercakap dan terus berceloteh & menjadi medan luahan hati seorang perempuan seperti Dya .