❤ Kursus Perkahwinan ❤

Salam,

Tamat sudah kursus perkahwinan yg Ya hadiri. Alhamdulllah mencurah-curah ilmu yg diberikan kepada kami utk tempoh 2 hari ini. Sebagai peringatan untk teman2 dan Ya sendiri, kursus kahwin bukan sekadar memenuhi syarat perkahwinan tapi ambil ilmu yg diberikan sebagai panduan hidup berumahtangga. Bila Ya usulkan kepada abg Ya (abg kandung) tentang hasrat untuk menghadiri kursus kahwin, terus abg Ya bagi kad Mahligai Firdaus di Setiawangsa atas alasan penceramahnya hebat. Ternyata tepat cadangan abg Ya tu, tak henti-henti ketawa. Thankz Yop! Ya hadir dengan teman di ofis, Dan tak dapat hadir atas urusan kerja. Ya galakkan hadirla bersama pasangan agar sama-sama dapat mengenali  kesukaan dan apa yang tak disukai pasangan. Sijil akan siap selewat-lewatnya 4 hari dari tempoh selesainya kursus tersebut.

Bagaimana nak daftar?
Ya daftar online je. Pilih tarikh kemudian isi borang yg disediakan, beberapa jam selepasnya Ya terima mesej dari penganjur memaklumkan waktu pendaftaran. Mudahkan!!! Kalau tempat lain Ya tak berapa pasti mungkin ada yang kena call, daftar secara manual iaitu pergi sendiri ke kaunter atau walk in. Bergantung pada kekosongan. Kalau sesiapa berminat nak hadiri kursus di Mahligai Firdaus ni boleh pergi ke laman web ni.
http://www.kursusperkahwinan.net

Apa yang diajar?
Ada 6 slot kesemuanya. Setiap slot 2 jam. Disebabkan Ya hadir kursus ni dibulan ramadhan jadi cepat mula dan cepat jugak habisnya sebab tiada sarapan dan makan tengahari, cuma 30minit rehat diberikan untuk solat zuhur. Tujuan jabatan agama mewajibkan kursus kahwin sebagai syarat-syarat perkahwinan adalah untuk mengelakkan kadar cerai yang semakin meningkat di negara kita ni. Ya akan maklumkan serba sedikit slot-slot yang telah dibentangkan.
  • Akhlak & Hubungan dlm keluarga. 
  • Perkahwinan & Prosedure.
  • Perkhidmatan Runding Cara & Pembubaran perkahwinan.
  • Pengurusan Stress & Kesihatan
  • Akidah & Ibadah
  • Pengurusan Sumber Keluarga & Komunikasi Suami Isteri
 Apakah kesan kepada bakal pengantin?
Kena bersedia dari fizikal dan mental untuk menghadapi cabaran yang luar biasa dialam perkahwinan. Sentiasa berpandukan Al-Quran dikala susah & senang. Kenali peranan sebagai suami & isteri. Ketahui niat kita untuk berkahwin agar kita bersedia menghadapi apa jua halangan & kesulitan kelak.

*.:。✿*゚’゚・✿.。.:*TAMAT*.:。✿*゚’゚・✿.。.:*

Teman berkursus. Thankz Dayana

Kelas yang selesa

Comments

Popular posts from this blog

Hebatnya hubungan adik-beradik !

유 ♥ 웃

❦Baju Nikah❦