:: Teristimewa ::

Tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya. Maaf zahir & batin. Moga ramadhan kali ini menjadikan kita lebih baik dari ramadhan sebelumnya. Insya Allah...

Hari ini saya cuba ketengahkan topik "Kasih Sayang Sesama Insan". Hati tergerak untuk menaip atas permintaan abang angkat kesayangan saya nie. Harapan saya agar abang saya ini berpuashati dengan kupasan peribadi tentang dirinya diruang ini.

Kadang-kadang kita tak perasan pun yang kita pernah berprasangka buruk dan prejudis pada sesuatu bangsa atau kaum. Kita manusia biasa tak lari dari berbuat salah. Saya sendiri pernah berprasangka negatif pada bangsa lain tapi bila dah berkerja dan berkawan dengan mereka ternyata telahan saya salah sama sekali. Rambut sama hitam tapi hati lain-lain, tetapi ikut zaman kita nie rambut tak sama hitam, hati lagila pulak kan. Alhamdulillah saya berpeluang mengenali mereka yang saya kasihi. Ini cerita saya, sahabat saya dan keluarga baru saya. Moga ikatan ini akan kekal hingga hujung nyawa. InsyaAllah...

~Sugumaran A\L Gurunathan a.k.a Sugu Bai~




Dia abang saya. Garang, tegas, dan sinis. Waktu mula saya masuk ke department baru, saya sangat bencikan Sugu Bai nie. Ada je kesilapan nak dijadikan isu sampai manager pun tahu akan persengketaan kami ni. Kalau nak rujuk satu-satu kes, dia adalah orang terakhir yang akan saya rujuk tapi kalau diikutkan hati saya sanggup hadap susah dari menghadap si Sugu Bai nie. Sampai macam tu sekali bencinya saya pada Sugu Bai. Dahsyat! Boleh gaduhla kalau bertembung..


Tapi disebabkan dia la saya matang dalam menghadapi setiap isu di tempat kerja. Dia mendidik saya bukan secara telus tapi sinis yang teramat. Berbulan-bulan kami tegang begini sampai satu masa kami perlu jadi matang untuk hadapi isu dalaman yang tidak membawa faedah pun dalam kehidupan kami. Sampai bila nak bertegang uratkan, yang keruh perlu dijernihkan. Jadi diatas inisiatif Sugu Bai sendiri dia memanggil saya di suatu petang yang redup ceh! Sugu Bai meminta saya menceritakan ketidakpuasan hati saya pada kelakuan dan perbuatan dia. Saya bercerita dengan panjang berjela-jela ketidakpuasan hati yang lama sudah dipendam dan diperam... Lega sungguh selepas meluahkan isi hati umpama meminum air yang baru diambil dari petiais dikala baru selesai berjogging...Lol!

Sugu Bai sanggup berubah demi kesejahteraan hubungan kami hahaha... Kerana saya dia sopan berbahasa.. Kerana dia saya tegas bertindak dalam berkerja. See! betapa teguhnya hubungan kami sekarang. Dia abang saya.. Penasihat saya.. Penjaga saya.. Walau kami berlainan kulit, rupa dan agama tetapi dia tetap memelihara hubungan kami dengan baik mengalahkan rakan seangkatan yang lain. Bila pakaian saya agak menampakkan tubuh atau kurang sesuai dia yang mula-mula menegur. Apabila saya sedih disebabkan kezaliman dan kekejaman Zionis di Palestin, dia yang tenangkan saya dan sama-sama berazam untuk memboikot produk keluaran Israel Laknatullah. Kami berlainan agama tapi peribadinya sangat terpuji. Alhamdulillah Allah kurniakan abang yang teristimewa begini.

Sugu Bai pernah pertikaikan kenapa masih ramai yang berkawan mengikut warna kulit dan bangsa. Biarkan mereka. Kita manusia biasa tapi kita punyai ikatan yang berbeza. Kita istimewa sebab kita adik-beradik yang punyai kulit,agama, dan rupa yang berbeza malah dari keluarga yang tiada langsung pertaliannya tapi kita saudara. Itu yang paling bahagia...


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hebatnya hubungan adik-beradik !

❦Baju Nikah❦

:: Redah & Terjah ke Lombok ::