Posts

Showing posts from 2012

Percubaan Menjadi Romantik :)

Image
As-Salam... Errmmm... dah lama tak update entry baru... Idea dah diperah lama tapi dok peram je dlm lappy... Tak pe pelan-pelan..yg penting tak merapu meraban...seh!! Oklah seakan-akan nak merapu je nie baik kembali ke tajuk asal! "Percubaan Menjadi Romantik" Hahaha...aku ni ikutkan bukan romantik mana... Malu nak ikutkan kemahuan hati... Bila tengok cite romantik hati pun tergedik-gedik nak rasa benda yg sama dr yg tersyg... Dari berangan je sampai ke awan baik berpijak dibumi nyata.. Asyik-asyik si perkasa mulakan langkah apa kata kalau homosapien XY pula yg melompat dl... Si Perkasa Dya kerjanya selalu keluar daerah. Bila duduk sorang-sorang idea nakal mula la terkinja-kinja nak direalisasikan. Tarikh kepulangan Si Perkasa sudah dicatit dalam kalendar. Kalau Dya boleh buat apa kata kalau korang pun cuba.. Aku bagi idea...Mungkin korang lagi creative dr aku yg kayu nih..cheh! Langkah Pertama:- Usaha aku pergi ke kedai buku semata-mata nak beli Pos

Hari yg memalukan!!!

Image
Oh!!! sungguh ku malu hari ini... Pagi-pagi dah buat biul... Utk makluman aku tak pernah guna SmartTag.. Ternampak SmartTag dalam kereta tergedik-gedik nak guna... Aku bawakla kereta tu dgn gahnya ke laluan SmartTag..nasib baik tak laju..ada jugakla kesedaran pengguna baru kat situ.. mehehehe... Tetapi palang tak naik pun..puas aku reverse then lalu balik tak naik-naik palang tuh..kereta dah banyak..mulala mengelabah ketam... Tetiba pembantu tol tu lalu dan jerit... ******************* ************* ********** ******** ****** **** ** * SMART TAG TU TERBALIK LA DIK!!!!! Hah!!! tak termalu aku kat situ... lepas je palang tu laju kemain aku pecut dgn harapan tak de sesapa nampak...hikhik... Moralnya kat sini : - Ringankan mulut bertanya ahahaha...  aku boleh plk menghala kad di cermin  sepatutnya ni hah arah yg BETUL!!!

Ucapan As-Salam...

Image
Selamat sejahtera semua… Hari ini saya berminat untuk berkongsi ilmu.. Tentang apa?? Tentang ASSALAMUALAIKUM!!! Kenapa pulak tetiba je saya berkobar-kobar nie? Sebab… salamkan ucapan terbaik bila bertemu,mengutus surat, SMS, dan apa-apa jela yang bersangkut paut dengan hubungan sesama islam.. Ye tak??? Selalunya bila saya hantar mesej atau update blog  saya akan letak SALAM sebagai ganti kepada ASSALAMUALAIKUM tapi sebenarnya salah sama sekali.. Ha’ah salah tau!!! Jangan tak tahu… Bila dah tahu jangan la korang buat lagi atau buat-buat tak tahu… Sesamala kita belajar dr kesilapan lalu… ok =)   Gantikan perkataan SALAM kepada AS-SALAM yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum” kerana SALAM itu sendiri membawa maksud selamat tinggal… Jangan pendekkan ucapan Assalamualaikum kepada A’KUM, perkataan itu pula adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.   Ada faham?? Bagus..bagus..

Pre-Honeymoon #August 2012

Image
Honeymoon kali ke 3.. Seronok jalan-jalan makan angin & cuci mata.. Moga ada peluang lagi bercanda disana.. :)

Raya 2012

Image
Selamat hari raya!!! Wah dah hampir sebulan baru terhegeh-hegeh nak update blog yek… Tak pe sebelum abis raya sebulan nie saya coret-coret sikit. Ini adalah tahun pertama saya beraya sebagai isteri. Pengalaman yg sgt menyeronokkan Sebab?...  mana pergi ada hubby hehehe.. Kami jarang dapat cuti bersama jadi cuti raya seminggu kami hargai semahunya… Plus seronok bila hari lahir hubby jatuh pada raya pertama… double triple sambutan kami sekeluarga.. lalala~ Sehari sebelum raya balik Parit Buntar… Mlm raya balik Batu Gajah… Raya ke2 singgah ke Lenggong… Raya ke3 di Gerik Raya ke4 ke Taiping Raya ke5 & ke6 pulang semula ke Parit Buntar Raya ke7 Honeymoon yeah!!!! Syokkan raya J

TUTUP AURAT Vs BALUT AURAT

Image
Bila umur dah matang, cara kita berfikir pun jadi matang… Berbeza sgt dgn pemikiran kita zaman mentah dl.. selalu sgt ikut nafsu sedangkan hati ada bisik-bisik kata perbuatan tu salah.. Ish!!! Tertiba plk rs menyesal menyebulungi diri… (haish! Allah maafkan diriku yg lemah wuaaa..) Okla nak mohon ampun kena berdating ngan Tuhan nnt… Kita kembali ke tajuk asal TUTUP AURAT Vs BALUT AURAT Apa yg saya cuba nak sampaikan disini? Sebenarnya tajuk nie saya dapat idea dari teman seofis Alizam namanya dan adik bongsu saya Nabil Bila matanya tak berkenan bila melihat wanita islam menutup aurat seakan-akan membalut nangka. Bila ada teman seofis pakai pakaian yg kurang berkenan mesti keluar ayat nie.. “Itu bukan tutup aurat tapi membalut aurat je caranya”…bicara Alizam Kalau keluar ngan adik, dialog nie plk saya dengar... “Ustaz kata tak boleh pakai pakaian ketat walaupun sebagai inner utk T-shirt sebab menampakkan susuk tubuh wanita” kata Nabil Hahahaha…terasa jugak seb

Puasa oh puasa!

Salam ramadhan semua... Tahun pertama ramadhan bersama suami. Seronok dapat sediakan makanan berbuka dan sahur. Bangga dapat tunaikan solat Tarawih dihari yg pertama (selalunya susah nak dapat sbb awal2 lagi dah period ops!) Syukur shift kerja di bulan ramadan tertumpu pada shift pagi dan tghari sahaja. Dan.... yang paling membahagiakan cuti lulus utk seminggu berhari raya.. amin~ Thanks Bosses!!! :) Sebelum Ya bertukar ke department baru cuti raya hanya dibenarkan utk 3 hari sahaja.(Itu pun kalau dapat!) Alhamdulillah.. Allah memakbulkan doa hambanya utk memudahkan urusan bercuti utk beraya bersama suami dan keluarga. Pejam celik,pejam celik dah 2 minggu kita berpuasa ( tapi Ya sempat seminggu je. ABC ~Allah Bagi Cuti~ muncul di minggu yg kedua hehehe..) Sempat bermanja dengan yg Esa dimlm hari. Walau tak sempat nak berjemaah dimasjid kerana kengkangan waktu kesempatan diberi jua utk bermanja dgnnya dirumah.. Menu baru yg mudah dan mengenyangkan sempat juga dicuba.. Teri

GOTCHA!!!! :P

Image
Datang kerja mcm biasa key-in AVAYA. Check email then received email from my colleague. Dear Frens, Happy day to u’ll… in the conjunction of JG’s birthday on last Saturday we gonna surprise him with a small drama and followed by cake cutting ceremony… Its going to be really fun… Our great actor for the small drama would be our great Tena (wish u all the best fren...and my dear friends please please don’t laugh ...Control yer…)...So all of us will go to the pantry together at 1530… Wah!!! best2 ada suprise birthday harini... Makan free!!! Tak payah keluar duit beli mkanan tghari sampai ptg LOL!! Then perancangan bermula... Idea dr Bos besar!! What you need to do at 1500hrs - Yasotha, pls prepare the item at pantry. 1515hrs – Viji send communication to our team member on this event. 1525hrs – Sega you need to come here and suddenly your foot stuck at alizam’s chair and you collapse. Start gasping and suffocate and try taking deep breathing.. 2 minutes only, JG will bring you to pantry a

Keraguan & Kepastian

Akhirnya terpaksa gak g klinik. Ingat nak diam je sorang2 tp tak sanggup plk menderita perasan. Serius berdebar yela takut benda yg tak diingini berlaku. Mulanya nak call my hero temankan tp diam jela dl. Boleh plk doc cakap dlm peyot ada kantung tp tak de nadi. Nevesla wei. Kalau betul ada kantung tu kenala gugurkan sbb tak nak busuk dlm peyot nie. Ya:Pasal kena gugur doc..tak nakla gugur-gugur nie. Doc: Okla saya refer kes awak pada yg pakar. Nak tak nak g Damai specialist. Best hospital nie mcm dok dlm taman hehehe..Siap ada buggy ambik dr parking walaupun xdela jauh mana kalau nak berjalan. Nak dijadikan cerita daku discan semula dan ditemuramah pasal hubungan suami isteri dan keputusannya zero. Alhamdulillah...ingauan semlm bohong belaka. So tak perlu risau2.. Peyot awak buncit adalah perubahan biasa selepas berkahwin. Perlukan senaman lps nie... Memang naik berat badan lepas kahwin nie walaupun waktu sebelum kahwin susah naw nak naik walau mkn nasik berping

❧ Ulasan Resepsi Saya ❧

Image
Salam.. Kita sambung utk ulasan majlis resepsi pula ye.. Resepsi nie temanya kuning + gold + merah. Kuning + gold untuk baju pengantin n keluarganya.. Merah utk pelamin + deco + pengapit + saudaranya... Nak kata anak Selangor tak pulak cuma cantik warna tu digabungkan bersama.. Semua aturcara & susunaturnya diselaraskan mengikut apa yg dirancangkan.. Tak sia-sia kertas kerja yg dibuat setahun sebelumnya.. Apabila apa yg dirancang mengikut kehendak kita lahirlah ketenangan, kelegaan & kesenangan utk semua walimatulurus & hadirin yg hadir. Alhamdulillah.. PART 1: ❧ Baju Pengantin ❧ Dya adalah 1st pelanggan yg sewa baju nie (kira 1st hand la kan). Awal-awal lagi K.Sue bagitahu kalau nak baju baru tunggu bulan 7 @ 8. Alhamdullilah rezeki kan dapat baju yg diidamkan. Berat sgt baju Dya nie..Penuh dgn manik.. Sampai Superhero a.k.a suami kata sian isteri saya pakai baju ni sehari suntuk hukhuk.. =P Baju pengapit pulak warna Merah..Baru meriah

❧Ulasan Nikah Saya ❧

Image
PART 1: H uhuhu...lama naw nak upload gambar nih... Lama-lama simpan nnt basi plk. So nak jadikan tahap malas nie ke tahap maximum so Ya buat ringkasan jela utk majlis nih ye...Hahaha... Ingat lagi tema majlis nikah Ya???? Ermmm...warna peach+gold+white. Mari cuci mata ngan beberapa keping gambar dibawah nie.. Debaran sebelum...  Getaran sewaktu... Giler selepasnya...hehehe...  ✿✿✿✿✿✿✿✿ PART 2: D itanya tentang perasaan sewaktu dinikahkan..Sebak? TAKDE!!!  tang nikah tu boleh pulak gelak-gelak bila Dan disakat ayah. Mungkin nak bagi hilang nebes si bakal menantu kot..hehehe... Dengan sekali lafaz sah sudah status Puan Sopian nih... Phew! lega. Nak tahu bila Ya mengalirkan airmata??? Biar gambar bercerita.... :) Peluk Ibu tenang lagi..  Peluk ayah relax jer...   Bila sampai sini mengalir dah..Yopla punya pasal sapa suruh nangis dl..huh!!  Airmata mengalir terus-terusan selepas tu..Cukupla letak

:: Renungan buat insan bergelar isteri ::

Image
Salam... Hari ini saje merajinkan diri membaca artikel berkenan isteri solehah dan apa yg Ya jumpa ini sgt-sgt meyentuh perasaan.. Jadi Ya nak berkongsi disini. Terpulang pada hak individu utk memikir dan menyelami tentang cerita ini. Selamat membaca :) Artikel Dari: Portal Komuniti Muslimah Amat sesuai dijadikan renungan bagi para isteri atau yang bakal menjadi isteri.(Insya-Allah semua yang belum bakal jadi isteri..:)) "Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia. Si gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat kepada ibu bapa, isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya pada suami." Bait-bait kata itu aku tatapi dalam-dalam. Penuh penghayatan. Kata-kata yang dinukilkan dalam sebuah majalah yang ku baca. Alangkah indahnya jika aku bisa menjadi perhiasan dunia seperti yang dikatakan itu. Ku bulatkan tekad di hatiku. Aku ingin menjadi seorang gadis y

Hebatnya hubungan adik-beradik !

Image
Air dicincang tidak akan putus, carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga.. Peribahasa yg saling berkait rapat dgn adik-beradik. Kuatnya hubungan adik-beradik menunjukkan banyaknya kasih sayang di dalam sesebuah keluarga. Ye saya sayang abg dan adik saya ! Kenapa la Ya tetiba berceloteh pasal isu ni yek??? Sebab baru-baru ni Ya ada masalah yg tak terluah dgn kata-kata (***chewah mcm apa je yek hehehe) Siapa lagi yang tolong kalau bukan adik-beradik sendiri. Walau menangis teresak-esak,walau muka sememeh , ayat-ayat merapu yg keluar, mereka tetap setia memandang dan mendengar hehehe. Thanks Yang! ( ***kalau kau bacala blog kngah ni :p) Apa yg terjadi kemudiannya??? mestila hati tenang, dapat ilham dan idea utk menjadi yg terbaik... Siap kena buat assignment tu.. tapi utk kebaikan diri akan ku lakukan jua :) Jadi sayangila adik-beradik anda sebab siapa lagi yg mampu tolong kita kalau bukan darah daging sendiri. Ermmmm moga dapat siapkan assignment dgn jayanya. Amin~

Apakah???

Image
Bila la Ya nak ada masa yg betul-betul boleh menghadap komputer dan meng"update" isu-isu terbaru agar tak bersawang blog Ya ni.. Bila balik rumah je macam-macam nak dibuat salah satu perkara utama menghadap TV. Membelek cerita yg dah direcord dan memutarnya tak henti-henti. Tak bangun kalau tonton How I meet your mother!!! hish serius melekat punggung kat depan TV. Kemudian bila rs lama sgt menghadap TV mula la pergi kedapur membelek buku resepi dan mencuba resepi yg mudah disediakan mengikut apa yg ada dlm peti ais hehehe.. Kehidupan Ya tak seperti keluarga baru yg lain. Hubby jauh so Ya tak ada jadual yg tersusun utk melakukan sesuatu perkara seperti balik rumah nak memasak, basuh baju, lipat baju , kemas bilik dan sebagainya. Tiap-tiap hari hanya menguruskan diri sendiri je. I am single but not available la~la~la~la~la~. Kalau ditanya best atau tak kehidupan begini?? Jawapannya : Best siot!!!hahaha.. (**ada ok ada tidak sebenarnya) . Tapi tak pe Allah menjanjikan sesua

❧Malam berinai❧

Image
Duduk keliling beramai ramai, Sambil berdoa Rabbul Alamin, Di malam ini malam berinai, Sembah pengantin atas pelamin. lagu malam berinai.. pernah dengar??? ala si penyanyi Sanisah Huri tu ( mcmla aku tahu!! :p) Malam berinai Ya takdela semegah mana.. dimulakan dengan doa selamat oleh teman-teman ibu kemudian makcik yg menginaikan di jari jemariku... simple je takde lukis-lukis pun. Pastu berderet adik-adik nak berinai sama. Takpela ni satu-satunya majlis perempuan dirumah ni alang-alang biar satu keluarga merasainya bersama. Tengokla rupanya.. berplastik bagai hahaha.. persediaan utk elakan tercalit dimana-mana. Buas tidonya anak pakcik muhamad ni :p

Gambar saya dah siap!!!

Fuyooo... entry je dah gempaq... Siapa tak happy gambar kenangan kita dah tersemat kemas didada album yang cantik plus molek plus berat plus plus dan plus hehehe.. bintang byk2 utk abg olie http://olienakal.wordpress.com/2011/12/27/nadia-sopian-24-25-12-2011/ Tak sabar nak story morry sambil upload gambar-gambar ni.. Sabar Dya... pinjam USB cable dr ayah dulu hehehe... (kat umah saya tak de cable) So anda pun bersabarla ye.. Sedikit kata-kata nasihat saya... Kalau majlis kahwin ni pilihla warna yg terang + meriah + menarik. Jangan pilih warna yang pudar sebab mmg tak menonjolkan seri pengantin tu.. Ok! Dya berpuas hati dengan warna pilihan Dya... anda bagaimana???

❧Cenderahati❧

Image
Hi....hehehe comel pulak emoticon tu melambai :p Kita bersambung pada cerita cenderahati pulak. Alhamdullilah ada rezeki lebih yg Allah kurniakan Ya sediakan sedikit cenderahati utk para tetamu yg hadir dihari pernikahan. Cari yg simple je dr internet kemudian berbincang dgn ibu apa yg perlu diisi. Akhirnya Ya satukan Cup Cake bersama Yassin. Mudah-mudahan pahala bacaan Yassin itu sampai kepada si pemberi ini Amin~ Memang sgt-sgt tak sangka ramai yg hadir waktu pernikahan 24/12/2011. Nasib baik sediakan lebih bungkusan ni. Nyaris-nyaris jugak terlepas nak bg sbb Ya sibuk bergambar di masjid tak ada sesiapa yg teringat pasal bungkusan kecil ni.. Syukur Ya sempat sampai ke rumah sebelum tetamu pulang. Cepat-cepat edarkan mana yg sempat. Alhamdullillah tak ada yg terlepas pandang. Peringatan pada yg lain kalau ada cenderahati nak diberi letak ditempat yg mudah dilihat agar tak berputih mata bila hajat tak sampai ok!!! 

Corat-coret!!! 2012

Lama sudah Ya tak mengemas kini blog yang dah bersawang ni... nak kata sibuk tak de la sibuk mana.. kadang-kadang terlupa pun ada hehehe... bila ada mood menaip ni dgn lafaz bismillah Ya mulakan balik aktiviti lapang di waktu bujang dl ;p Rasanya blog ni dah umpama dairi terbuka utk Ya meluahkan perasan,cerita dan isi hati. Lumrah alam manusia biasa suka pada cerita dan penceritaan. Jadi Ya akan mulakan episod baru dalam kehidupan bergelar isteri. Niat hati nak bermula dari awal (dr persiapan ratu sehari,sewaktu majlis dan selepas majlis) tapi rsnya Ya ada benda penting nak khabarkan disini. InsyaAllah muka surat seterusnya akan menyusul dengan segala perancangan yg telah diatur didalam kepala. Hari-hari diwaktu kelapangan Ya tak akan terlepas mengulangi episod baru dalam hidup selepas sah Dia Terima Nikahnya. Syahdu,terharu,bangga,gementar dan bermacam-macam lagi perasaan bercampur menjadi satu dapat diulang dan diingati berkali-kali dizaman cyber ini. Dalam masa yang sama dapat j