❧ Ulasan Resepsi Saya ❧

Salam..
Kita sambung utk ulasan majlis resepsi pula ye..
Resepsi nie temanya kuning + gold + merah.
Kuning + gold untuk baju pengantin n keluarganya..
Merah utk pelamin + deco + pengapit + saudaranya...

Nak kata anak Selangor tak pulak cuma cantik warna tu digabungkan bersama..
Semua aturcara & susunaturnya diselaraskan mengikut apa yg dirancangkan..
Tak sia-sia kertas kerja yg dibuat setahun sebelumnya..
Apabila apa yg dirancang mengikut kehendak kita lahirlah ketenangan, kelegaan & kesenangan utk semua walimatulurus & hadirin yg hadir. Alhamdulillah..

PART 1:
❧ Baju Pengantin ❧


Dya adalah 1st pelanggan yg sewa baju nie(kira 1st hand la kan). Awal-awal lagi K.Sue bagitahu kalau nak baju baru tunggu bulan 7 @ 8. Alhamdullilah rezeki kan dapat baju yg diidamkan. Berat sgt baju Dya nie..Penuh dgn manik.. Sampai Superhero a.k.a suami kata sian isteri saya pakai baju ni sehari suntuk hukhuk.. =P

Baju pengapit pulak warna Merah..Baru meriah!! Terbaikla pengapit nie sentiasa membantu dan peka pada keadaan sekeliling. Terima kasih Fairuz & Sam! Jasa anda tak mungkin dilupakan :)

PART 2:
❧ Kereta Pengantin ❧

Dari arah depan


Dari arah belakang
 Ilham nie Dya ambil Idea Xora dari blog DiaTerimaNikahnya . Dya bincang dgn teman rapat kemudian berjaya hasilkan no plat nie. Rancangan asalnya nak guna kereta BMW tapi terpaksa batalkan sebab tak sempat nak bawa ke KL so sembat je kereta mana yg ada..hehehe.. Thanks K.Long 5 stars utk kamu! :)
Harga? RM80 je.. Plat nie dah merantau sampai ke Perak tau.. Kelassss gitu!!!
Pening kepala apek kat kedai tu "Lu tak takut kena saman ka amoi" Hahaha...

PART 3:
❧ Pelamin❧ 

Dulu pernah terdetik dlm hati tak nak pelamin..tapi bila ibu dan saudara mara nasihatkan agar diadakan jugak pelamin tu utk bergambar kenang-kenangan Dya tunaikan jugak niat mereka. Pelamin ni dipilih oleh ibu,Nabil(adik bongsu)& My Superhero(suami). Mereka kata pelamin ni ringkas & menarik. Tak terlalu sarat dengan bunga, unik sedikit kerana ada tingkap kecik disisinya.. Bila mereka setuju, Dya terima dengan hati terbuka. Seperti dijanjikan indah sungguh pilihan mereka. Syukur.. :)


Ok selesai sudah ulasan perkahwinan nie.. Muak plk kalau asyik bercerita hal yg dah berlalu. Moga hubungan baru ini kekal hingga ke syurga amin~



Comments

Popular posts from this blog

Hebatnya hubungan adik-beradik !

유 ♥ 웃

❦Baju Nikah❦