Posts

Showing posts from November, 2011

Apa niat anda?

♥ Jika asas perkahwinan adalah kerana harta, maka pasangan bakal bercerai jika ekonomi dalam rumah tangga merudum dan muflis. ♥ Jika asas perkahwinan adalah kerana kepuasan nafsu, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan. ♥ Jika asas perkahwinan kerana kecantikan wajah dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi ... gendut. ♥ Jika asas perkahwinan kerana anak, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir. ♥ Jika asas perkahwinan kerana keperibadian, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya. ♥ Jika asas perkahwinan kerana cinta, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi. Namun, ♥ Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai ba

Pelamin atau Tidak?

Image
Hais!!! susah betul nak buat keputusan.. Mula-mula merancang tak nak pelamin sbb nak selitkan acara lain di pentas. Bila balik kampung baru-baru ni ramai pulak makcik yg bising2 utk adakan pelamin utk acara bergambar kenangan. Ibu kata : "Kngah je la anak perempuan ibu,ibu teringin jugak anak ibu bersanding di atas pelamin". Ayah kata: "Ayah tak kisah. Ikut Kngah je". Tunang kata: :) senyum tak perlu kata apa-apa.. Hahaha...apa-apa pun kita tunggu jela majlis nnti... Buat masa ni saya hanya busykan diri utk melengkapkan apa-apa yang masih lagi kurang. Niat hati nak juga mencuba hasil kerja seni sendiri tapi apakan daya masa tidak mengizinkan. Saya akan sedaya upaya menguruskan majlis agar nampak teratur dan sempurna jika tidak pada pandangan org lain tapi cukupla utk kepuasan sendiri dan keluarga. Alhamdulillah semua tempahan sudah diselesaikan dari awal tahun lagi agar tidak membebankan saya dan keluarga. Kita merancang Allah menentukan. Moga segalanya berjalan d

❦Baju Nikah❦

Image
Saya mahukan begini & begitu. Harap maklum pada tailor saya yang hebat. Wah!!! pujian pada yang sudi menjahit. Pilihan saya yang sopan dan menarik serta mudah untuk solat sunat bersama selepas nikah InsyaAllah ❤

❧Persiapan Raja Sehari❧

Image
Alhamdulillah.. syukur Allah permudahkan urusan saya untuk menyiapkan segala misi raja sehari ni. Seronok tengok kawan-kawan dan sedara-mara meraikan majlis masing-masing. Moga bahagia hendaknya. Amin~ Seronok seronok juga tapi saya sendiri agak terkapai-kapai dalam merencana majlis raja sehari ini. Jadi mungkin ini akan jadi panduan bersama. Perkara paling penting yang perlu difikirkan adalah TARIKH untuk menjadi raja sehari. Bukan mudah nak mengumpulkan ahli keluarga dan sahabat-handai untuk meraikan bersama. Ya jugak hadapi kesukaran untuk memilih tarikh yg bersesuaian. InsyaAllah jika tiada aral melintang majlis akan berjalan seperti yang dirancang. Perkara yang kedua TEMPAT untuk meraikannya. Sama ada di dewan atau di rumah terpulang pada pilihan masing-masing. Sepakat dari keluarga untuk menyambutnya didewan. Niatnya adalah untuk tidak memenatkan ibu dan ayah untuk mengemaskan semula selepas majlis. Syukur tempahan dewan selesai dengan jayanya. CATERING perkara ketiga yang