❧Persiapan Raja Sehari❧

Alhamdulillah.. syukur Allah permudahkan urusan saya untuk menyiapkan segala misi raja sehari ni. Seronok tengok kawan-kawan dan sedara-mara meraikan majlis masing-masing. Moga bahagia hendaknya. Amin~
Seronok seronok juga tapi saya sendiri agak terkapai-kapai dalam merencana majlis raja sehari ini. Jadi mungkin ini akan jadi panduan bersama.
Perkara paling penting yang perlu difikirkan adalah TARIKH untuk menjadi raja sehari. Bukan mudah nak mengumpulkan ahli keluarga dan sahabat-handai untuk meraikan bersama. Ya jugak hadapi kesukaran untuk memilih tarikh yg bersesuaian. InsyaAllah jika tiada aral melintang majlis akan berjalan seperti yang dirancang.
Perkara yang kedua TEMPAT untuk meraikannya. Sama ada di dewan atau di rumah terpulang pada pilihan masing-masing. Sepakat dari keluarga untuk menyambutnya didewan. Niatnya adalah untuk tidak memenatkan ibu dan ayah untuk mengemaskan semula selepas majlis. Syukur tempahan dewan selesai dengan jayanya.
CATERING perkara ketiga yang perlu difikirkan. Ya tak suka ibu kepenatan utk memasak jadi catering adalah pilihan tepat utk dipilih. Kita kena bijak mencari dan  mencuba makanan yg dimasak agak tak menyesal dikemudian hari.
Pengantin perlula cantik dan menarik jadi perkara ke-4 terpenting adalah BAJU. Jadi pilihla butik yang menyewa atau membuat anda anggun dihari bahagia. Ya hanya mampu menyewa sebab Ya tak akan mengayakan semula baju tersebut dan yang pastinya kalau beli mungkin selepas majlis hanya dipamerkan didalam almari :p Hah!!! yang sangat-sangat penting adalah DOKUMENT perkahwinan. Moga Allah permudahkan urusan ini. Amin~

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hebatnya hubungan adik-beradik !

유 ♥ 웃

❦Baju Nikah❦