Hidup ini pilihan. Apapun yang membuatkan kita sedih, tinggalkan. Dan apapun yang membuat kita tersenyum.. Jangan lepaskan!!!
Apa niat anda?
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
♥ Jika asas perkahwinan adalah kerana harta, maka pasangan bakal bercerai jika ekonomi dalam rumah tangga merudum dan muflis.
♥ Jika asas perkahwinan adalah kerana kepuasan nafsu, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan.
♥ Jika asas perkahwinan kerana kecantikan wajah dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi... gendut.
♥ Jika asas perkahwinan kerana anak, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir.
♥ Jika asas perkahwinan kerana keperibadian, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.
♥ Jika asas perkahwinan kerana cinta, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi.
Namun,
♥ Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya.。◕‿◕。
Tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya. Maaf zahir & batin. Moga ramadhan kali ini menjadikan kita lebih baik dari ramadhan sebelumnya. Insya Allah... Hari ini saya cuba ketengahkan topik "Kasih Sayang Sesama Insan". Hati tergerak untuk menaip atas permintaan abang angkat kesayangan saya nie. Harapan saya agar abang saya ini berpuashati dengan kupasan peribadi tentang dirinya diruang ini. Kadang-kadang kita tak perasan pun yang kita pernah berprasangka buruk dan prejudis pada sesuatu bangsa atau kaum. Kita manusia biasa tak lari dari berbuat salah. Saya sendiri pernah berprasangka negatif pada bangsa lain tapi bila dah berkerja dan berkawan dengan mereka ternyata telahan saya salah sama sekali. Rambut sama hitam tapi hati lain-lain, tetapi ikut zaman kita nie rambut tak sama hitam, hati lagila pulak kan. Alhamdulillah saya berpeluang mengenali mereka yang saya kasihi. Ini cerita saya, sahabat saya dan keluarga baru saya. Moga ikatan ini akan kekal hi...
2/12/2015 - Rabu ~ Gili Trawangan ~ Perjalanan kali nie tak dela naik motor je sepanjang hari.. Kami meluncur laju dengan speed boat ke Gili Trawangan ... Kalau yang nak berhoneymoon, better menginap je terus disini... Pilihan hotel pun banyak dan yang pasti sangat dekat dengan pantai... Di sini macam-macam aktiviti laut yang boleh korang buat. Sesiapa yang minat dengan aktiviti laut bolehla snorkeling bagai... Aku yang tak berapa gemar nie jalan - jalan cuci mata jela.. Team lain tak lepaskan peluang terjun kelaut (diving) untuk bermanja dengan hidupan laut disini... Nie part yang paling best!!!! MAKAN hahahaha.... Perut lapar, tekak dahaga, kaki penat berjalan... lengkapla segala... Kita makan dulu... Psssttt!!! kat lombok nie tak payah nak beli simcard wei... mane2 je ada Wi-Fi....best siot!!! Okey..perut dah kenyang... Sementara menunggu kawan-kawan lain selesai makan, kami berjalan lagi dan lagi menghirup udara segar dan merasai angin sep...
Salam & Hi ! Bermula sudah episod perkahwinan. Ya adalah insan biasa yang tak lari dari keinginan untuk berkeluarga. Ada suami sebagai teman untuk berkongsi rasa dan ada anak untuk berkongi kasih dan sayang. Merujuk kepada buku hasil nukilan Hasrizal Abdul Jamil yang berjudul Aku Terima Nikahnya membawa maksud perkahwinan sebagai medan memberi yang paling mulia. Kalau kawan-kawan ingin tahu secara detail mengenai makna perkahwinan dapatkan senaskah buku ini sebagai panduan kepada pasangan yang akan & sudah berkahwin untuk mendalami erti perkahwinan yang sebenar. Ops! berjela pulak Ya berdiskusikan? Ok episod kali ini Ya nak ceritakan sedikit pengalaman Ya melalui detik-detik pertunangan.Pertunangan Ya bukan seperti orang lain yang berpakaian cantik mengikut tema, berbalas hantaran dan dikelilingi sanak-saudara. Pertunangan Ya hanya dihadiri oleh kaum keluarga terdekat sahaja itupun secari tak sengaja mereka menziarah keluarga Ya disebabkan cuti perayaan Deepavali. Tapi bu...
Comments
Post a Comment