Posts

Showing posts from 2011

Apa niat anda?

♥ Jika asas perkahwinan adalah kerana harta, maka pasangan bakal bercerai jika ekonomi dalam rumah tangga merudum dan muflis. ♥ Jika asas perkahwinan adalah kerana kepuasan nafsu, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan. ♥ Jika asas perkahwinan kerana kecantikan wajah dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi ... gendut. ♥ Jika asas perkahwinan kerana anak, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir. ♥ Jika asas perkahwinan kerana keperibadian, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya. ♥ Jika asas perkahwinan kerana cinta, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi. Namun, ♥ Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai ba

Pelamin atau Tidak?

Image
Hais!!! susah betul nak buat keputusan.. Mula-mula merancang tak nak pelamin sbb nak selitkan acara lain di pentas. Bila balik kampung baru-baru ni ramai pulak makcik yg bising2 utk adakan pelamin utk acara bergambar kenangan. Ibu kata : "Kngah je la anak perempuan ibu,ibu teringin jugak anak ibu bersanding di atas pelamin". Ayah kata: "Ayah tak kisah. Ikut Kngah je". Tunang kata: :) senyum tak perlu kata apa-apa.. Hahaha...apa-apa pun kita tunggu jela majlis nnti... Buat masa ni saya hanya busykan diri utk melengkapkan apa-apa yang masih lagi kurang. Niat hati nak juga mencuba hasil kerja seni sendiri tapi apakan daya masa tidak mengizinkan. Saya akan sedaya upaya menguruskan majlis agar nampak teratur dan sempurna jika tidak pada pandangan org lain tapi cukupla utk kepuasan sendiri dan keluarga. Alhamdulillah semua tempahan sudah diselesaikan dari awal tahun lagi agar tidak membebankan saya dan keluarga. Kita merancang Allah menentukan. Moga segalanya berjalan d

❦Baju Nikah❦

Image
Saya mahukan begini & begitu. Harap maklum pada tailor saya yang hebat. Wah!!! pujian pada yang sudi menjahit. Pilihan saya yang sopan dan menarik serta mudah untuk solat sunat bersama selepas nikah InsyaAllah ❤

❧Persiapan Raja Sehari❧

Image
Alhamdulillah.. syukur Allah permudahkan urusan saya untuk menyiapkan segala misi raja sehari ni. Seronok tengok kawan-kawan dan sedara-mara meraikan majlis masing-masing. Moga bahagia hendaknya. Amin~ Seronok seronok juga tapi saya sendiri agak terkapai-kapai dalam merencana majlis raja sehari ini. Jadi mungkin ini akan jadi panduan bersama. Perkara paling penting yang perlu difikirkan adalah TARIKH untuk menjadi raja sehari. Bukan mudah nak mengumpulkan ahli keluarga dan sahabat-handai untuk meraikan bersama. Ya jugak hadapi kesukaran untuk memilih tarikh yg bersesuaian. InsyaAllah jika tiada aral melintang majlis akan berjalan seperti yang dirancang. Perkara yang kedua TEMPAT untuk meraikannya. Sama ada di dewan atau di rumah terpulang pada pilihan masing-masing. Sepakat dari keluarga untuk menyambutnya didewan. Niatnya adalah untuk tidak memenatkan ibu dan ayah untuk mengemaskan semula selepas majlis. Syukur tempahan dewan selesai dengan jayanya. CATERING perkara ketiga yang

☆ Kerja Oh Kerja! ☆

Image
Halooo...kerja oh kerja...dimana kamu??? Ya tengah berusaha mencari kerja baru bukan makna Ya tak suka kerja sekarang cuma kerja sekarang kurang sesuai dengan status Ya pada masa akan datang. Moga Allah permudahkan urusan pencarian ini. Amin~ Bila memikirkan pasal kerja Ya bersyukur kerana selepas tamat belajar Allah permudahkan Ya mendapat kerja yang Ya kira lumayan gaji yang ditawarkan. Pejam celik dah hampir 2 tahun Ya bertugas disana. Teringat pengalaman pertama yang membuatkan Ya bergetar jantung disaat mula-mula berkomunikasi di talian & bertambah berdebar bila ada persoalan yg tak mampu dijawab dengan baik. Demi masa Ya berusaha untuk menjadi yg terbaik dan alhamdulillah bila kita berusaha Allah balas dengan kepuasan berkerja yang Ya rasai sekarang. ツ Ya nak kerja yang tak menghalang Ya untuk sujud pada Allah bukan dalam keadaan tergesa-gesa. Ya mahu kerja yang memudahkan Ya untuk meminta cuti tanpa perlu merancang cuti untuk setahun sebelumnya. Ya perlukan kerja yan

유 ♥ 웃

Image
Segalanya kerana niat. Jadi Ya rasa nak betulkan niat sebelum memulakan fasa kehidupan baru nanti. Kepada Mr D niat Ya untuk berkahwin ada untuk memberi. Walaupun tak dapat dijelaskan dengan mulut kerana tak jumpa ayat atau istilah yg sesuai untuk melafazkan tapi mungkin ayat ni dapat meluahkan isi hati ini. "Saya hendak berumah tangga kerana mahu memberi. Menberi kasih sayang, memberi perhatian, memberi nafkah, memberi kebaikan. Semuanya itu ialah peranan saya dalam rumahtangga bukan sekadar menerima tapi nilai memberi yg dapat dikongsi bersama. dan seandainya saya menerima apa-apa kebaikan daripada suami, semuanya mengundang rasa syukur, walau sekecil mana sekali pun kebaikan itu." (*petikan dari buku Aku Terima Nikahnya) Moga apa yg kita lakukan niat hanya pada maha pencipta dengan ini akan mengundang rasa syukur dan ketenangan dihati.

Spice up your wedding day!

Image
Wah!!! megah gitu title Ya kali ni... Yela bulan berganti bulan so Ya rs nak nak berkongsi sedikit persiapan yg Ya dah setuju utk teruskan. Mungkin agak pelik gabungan warna ni tapi bila diteliti dan diubah suai serba sedikit Ya rs cantik jugak pilihan ni. So apa yg perlu adalah perbincangan dgn beberapa org penting utk merealisasikan impian perkahwinan Ya ni *insyaAllah . Sebenarnya tema nikah ni dah lama Ya impikan tapi tak sangka pulak dah jadi tema perkahwinan bg sesetengah pengantin tahun ini. Hehehe impian tetap diteruskan yg penting hati happy. Mr D pun tak kata apa-apa just setuju je ngan pilhan Ya *alhamdulillah . Kalau boleh majlis nikah Ya nnti Ya nak keluarga & teman rapat yg hadir sama meraikan lafaz cinta Ya & Mr D nnt. Tak perlu ramai sgt sbb nnti agak susah pulak nak control keadaankan. InsyaAllah nikah nnt nak langsungkan di masjid lebih barakah.  Hmmm yang penting segala document kn selesaikan dl. Moga Allah permudahkan segalanya amin~ Berkenan majlis resepsi

❀Selamat Ulang Tahun❀ 27/09/2011

Image
Ku ingin merangkai KATA UCAPAN SELAMAT ULANG TAHUN untuk orang yang sangat istimewa. Orang yang telah membuat aku ada di dunia ini. Seorang wanita cantik yang telah melahirkan aku dengan sangat sempurna, tanpa kurang satu apapun jua. Ialah Ibuku… Ibu kandungku… Wahai Ibu yang ku sayangi… Dengarkanlah nyanyian hatiku di hari bahagiamu, Ibu… Nyanyian hati dari seorang anak yang tak kan pernah bisa membalas semua pengorbanan Ibu… Seorang anak yang pernah menjatuhkan air mata Ibu… Berdosanya aku sebagai anak hingga Ibu menjatuhkan air mata untukku… Sesak di dada kerana kenakalanku semasa kecil… Sesak di dada kerana kenakalanku ketika aku beranjak dewasa… Sesak di dada kerana kenakalanku tak mengindahkan ucapan Ibu… Maafkan aku yang belum bisa sempurna menjadi anak seperti yang Ibu harapkan… Sesempurna ketika Ibu melahirkan aku kala maut mengintai… Wahai Ibuku yang selalu setia menjadi Ibuku… Wahai Ibuku yang selalu setia menjadi Ibu kepada abg & adik-adikku… Wahai Ibuku

Raya terakhir sebagai 'Cik' Mungkinkah?

Image
Salam... Raya utk tahun 2011 baru sahaja berlalu. Alhamdullilah diberikan umur yang panjang utk meneruskan kehidupan dan menjalankan ibadah dengan sempurna pada tahun ini. Seronok rasanya sebab tahun ni walaupun singkat waktu dikampung tp Ya masih dapat menziarah semua sanak saudara di pihak ibu dan ayah. Hmmm.. tapi bila dah berjumpa mulala soalan wajib diulang sebut oleh mereka " Bila langsungnya majlis Nadia ye? " dan jawapan wajib dijawap " Tunggu sampai kad wangi dihantar ye" hehehe... Bila ditanya pasal perasan Ya rs ada sedikit sebak didada sebab Ya tahu tahun depan mungkin Ya tak dapat dengar keriuhan suara ibu dan ayah bila bersalaman dan bergambar bersama. InsyaAllah ada kegembiraan lain yg Ya bakal rs bersama Mr D utk raya tahun hadapan amin~  。◕‿◕。 Sebuah keluarga sempurna ღ  

❤ Kursus Perkahwinan ❤

Image
Salam, Tamat sudah kursus perkahwinan yg Ya hadiri. Alhamdulllah mencurah-curah ilmu yg diberikan kepada kami utk tempoh 2 hari ini. Sebagai peringatan untk teman2 dan Ya sendiri, kursus kahwin bukan sekadar memenuhi syarat perkahwinan tapi ambil ilmu yg diberikan sebagai panduan hidup berumahtangga. Bila Ya usulkan kepada abg Ya (abg kandung) tentang hasrat untuk menghadiri kursus kahwin, terus abg Ya bagi kad Mahligai Firdaus di Setiawangsa atas alasan penceramahnya hebat. Ternyata tepat cadangan abg Ya tu, tak henti-henti ketawa. Thankz Yop! Ya hadir dengan teman di ofis, Dan tak dapat hadir atas urusan kerja. Ya galakkan hadirla bersama pasangan agar sama-sama dapat mengenali  kesukaan dan apa yang tak disukai pasangan. Sijil akan siap selewat-lewatnya 4 hari dari tempoh selesainya kursus tersebut. Bagaimana nak daftar? Ya daftar online je. Pilih tarikh kemudian isi borang yg disediakan, beberapa jam selepasnya Ya terima mesej dari penganjur memaklumkan waktu pendaftaran. Mud