☆ Kerja Oh Kerja! ☆



Halooo...kerja oh kerja...dimana kamu???

Ya tengah berusaha mencari kerja baru bukan makna Ya tak suka kerja sekarang cuma kerja sekarang kurang sesuai dengan status Ya pada masa akan datang. Moga Allah permudahkan urusan pencarian ini. Amin~

Bila memikirkan pasal kerja Ya bersyukur kerana selepas tamat belajar Allah permudahkan Ya mendapat kerja yang Ya kira lumayan gaji yang ditawarkan. Pejam celik dah hampir 2 tahun Ya bertugas disana. Teringat pengalaman pertama yang membuatkan Ya bergetar jantung disaat mula-mula berkomunikasi di talian & bertambah berdebar bila ada persoalan yg tak mampu dijawab dengan baik. Demi masa Ya berusaha untuk menjadi yg terbaik dan alhamdulillah bila kita berusaha Allah balas dengan kepuasan berkerja yang Ya rasai sekarang.

Ya nak kerja yang tak menghalang Ya untuk sujud pada Allah bukan dalam keadaan tergesa-gesa. Ya mahu kerja yang memudahkan Ya untuk meminta cuti tanpa perlu merancang cuti untuk setahun sebelumnya. Ya perlukan kerja yang memberi peluang untuk berehat 1jam tanpa gangguan dan Ya harapkan kerja yang tidak memerlukan pembohongan untuk menyelamatkan diri. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon .... 

آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن


Sama-samala kita memohon agar segala urusan dipermudahkan. *^_^*


 

Comments

Popular posts from this blog

Hebatnya hubungan adik-beradik !

유 ♥ 웃

❦Baju Nikah❦