❀Selamat Ulang Tahun❀ 27/09/2011

Ku ingin merangkai KATA UCAPAN SELAMAT ULANG TAHUN untuk orang yang sangat istimewa. Orang yang telah membuat aku ada di dunia ini. Seorang wanita cantik yang telah melahirkan aku dengan sangat sempurna, tanpa kurang satu apapun jua. Ialah Ibuku… Ibu kandungku…

Wahai Ibu yang ku sayangi…
Dengarkanlah nyanyian hatiku di hari bahagiamu,
Ibu…
Nyanyian hati dari seorang anak yang tak kan pernah bisa membalas semua pengorbanan Ibu…
Seorang anak yang pernah menjatuhkan air mata Ibu…
Berdosanya aku sebagai anak hingga Ibu menjatuhkan air mata untukku…
Sesak di dada kerana kenakalanku semasa kecil…
Sesak di dada kerana kenakalanku ketika aku beranjak dewasa…
Sesak di dada kerana kenakalanku tak mengindahkan ucapan Ibu…
Maafkan aku yang belum bisa sempurna menjadi anak seperti yang Ibu harapkan…
Sesempurna ketika Ibu melahirkan aku kala maut mengintai…

Wahai Ibuku yang selalu setia menjadi Ibuku…
Wahai Ibuku yang selalu setia menjadi Ibu kepada abg & adik-adikku…
Wahai Ibuku yang selalu setia dengan Ayahku…
Selalu sabar dan tabah menjalani segala keterbatasan…
Begitu kuatnya dalam ketidakberdayaan…
Engkau laksana pahlawan di kehidupan ini…

Ku ingin dunia mengetahui…
Hari ini adalah HARI ULANG TAHUN IBUKU…

- SELAMAT ULANG TAHUN IBU -
“Semoga Kebahagiaan Kedamaian Kesihatan dan Keindahan Selalu Berpihak pada Ibu" amin~


Puan Aminah
Ibu borek anak rintik
Flaming Steamboat Setapak

Comments

Popular posts from this blog

Hebatnya hubungan adik-beradik !

유 ♥ 웃

❦Baju Nikah❦