~ Tunang ~

Salam & Hi !

Bermula sudah episod perkahwinan. Ya adalah insan biasa yang tak lari dari keinginan untuk berkeluarga. Ada suami sebagai teman untuk berkongsi rasa dan ada anak untuk berkongi kasih dan sayang. Merujuk kepada buku hasil nukilan Hasrizal Abdul Jamil yang berjudul Aku Terima Nikahnya membawa maksud perkahwinan sebagai medan memberi yang paling mulia. Kalau kawan-kawan ingin tahu secara detail mengenai makna perkahwinan dapatkan senaskah buku ini sebagai panduan kepada pasangan yang akan & sudah berkahwin untuk mendalami erti perkahwinan yang sebenar.

Ops! berjela pulak Ya berdiskusikan?
Ok episod kali ini Ya nak ceritakan sedikit pengalaman Ya melalui detik-detik pertunangan.Pertunangan Ya bukan seperti orang lain yang berpakaian cantik mengikut tema, berbalas hantaran dan dikelilingi sanak-saudara. Pertunangan Ya hanya dihadiri oleh kaum keluarga terdekat sahaja itupun secari tak sengaja mereka menziarah keluarga Ya disebabkan cuti perayaan Deepavali. Tapi bukan bermaksud Ya nak lari daripada adat cuma tuan badan pun tak mengetahui diri bakal ditunangkan Titik!

Woi! apa pelik sgt pertunangan ko ni? *jerit dlm hati 
Kamu ingat Ya tahu apa yang difikir tunang Ya tu? Beberapa hari sebelum tu Dan (tunang Dya) mengajak Ya keluar jalan-jalan sambil menjenguk kedai emas di Damansara untuk mencari cincin. Cincin kahwin katanya. Ya pelik jugak tarikh kahwin pun tak tetap lagi kenapa nak survey cincin kahwin cepat sgt tapi persoalan tu Ya simpan dlm hati. Dan ada jugak tanya bila Ya bercuti sebab abg dan kakak Dan mahu datang ke rumah untuk mengenali ibu dan ayah Ya. Segala persoalan Dan , Ya jawab tanpa ragu.

Pada hari yang dijanjikan, hadirla keluarga Dan ke teratak ayah Ya. Lepas makan-makan abg Dan mula berdiskusi dan mengeluarkan cincin ikatan kami. Ayah dan ibu masing-masing memandang diantara satu sama lain bila abg Dan bertanyakan mengenai hal hantaran,tarikh dan sebagainya. Sebagai jawapan ayah Ya meletakkan 100% kepercayaan kepada kami berdua untuk menguruskannya. Tamat cerita!

See!! Ya pun tak tahu Ya bertunang hari tu. Selepas keluarga Dan pulang cepat-cepat ibu call tok dan saudara dikampung untuk memaklumkan pertunangan Ya. Sian pada ibu dan ayah teruk menjawab pada pakcik dan makcik kerana merahsiakan majlis ni. Cuma Ya nak betulkan kat sini kami sekeluarga pun tak tahu jamuan makan ni berakhir begini. Maafkan kami!!! Okla sebagai kenang-kenangan Ya selitkan jugak gambar pertunangan Ya yang tak dirancang ni.









Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hebatnya hubungan adik-beradik !

유 ♥ 웃

❦Baju Nikah❦