:: Redah & Terjah ke Lombok ::

~Episod 1~

Alhamdulillah pulau idaman sudah diterjah. Kepuasan bercuti kali ini apabila dipenuhi aktiviti dari awal pagi hingga ke malam hari. Walau hanya 4hari 3malam tapi cukup memberi pengalaman yang paling berharga dalam hidup. Moga secebis pengalaman ini mampu membuatkan anda disana meletakkan Lombok sebagai salah satu tempat yang patut anda terjah dan hayati keindahannya.. InsyaAllah..

30/11/2015 - Isnin 
Percutian ke Lombok adalah salah satu aktiviti suami bersama kawan-kawannya. Kali ini kami bercuti bukan berdua tapi disertai oleh 20 orang lelaki yang gagah perkasa dan 4 wanita yang gigih melayani keletah mereka yang bermacam-macam ragam dan gaya. Biasalah bila ramai dikalangan lelaki gagah ini bercuti tanpa anak dan bini, perangai kebudak-budakkan terserlah 200% tetapi yang pastinya bercuti bersama mereka adalah pengalaman yang sangat menyeronokkan. 

Flight kami dari KLIA2 ke Lombok mengambil masa selama 3jam. Ada sedikit kelewatan untuk flight AirAsia jadi pada pukul 4.30petang baru kami selamat bertolak ke Lombok. 
Tidurla suamiku.. Jauh lagi perjalanan kita..
Berdekah2la aku ketawa layan buku nih!
Alhamdulillah, kami selamat sampai ke Lombok pada pukul 7.30petang. Waktu Malaysia dan Lombok sama je tak kurang atau lebih satu minit pun dari waktu Malaysia tapi waktu solat 1jam awal dari kita. Subuh pukul 4.24 pagi. Kalau teringin nak berjaga malam hingga ke pagi better solat Subuh dulu takut tersasar jauh ke Subuh Dinasor pulak nanti.

Sampai je ke Lombok kami disambut oleh warga Lombok yang mesra mengerumuni kami. Kalau tak ikut rombongan, mau aku stay je dalam airport nie. Mana taknya dihurungnya kita macam semut jumpa gula. Takut wei... Syukur 4 bijik Toyota Avanza bersedia menunggu dan menyelamatkan kami dari dihurung semut-semut tadi kehkehkeh...

Perut dah berkeroncong. Isi perut dulu di Rumah Makan Cahaya yang terletak berhampiran dengan Airport Lombok. Kami yang kelaparan menyambar dengan rakusnya Nasi Balap iaitu makanan tradisi warga Lombok disini. Bila bercuti di negara serumpun, makanan kita tak jauh bezanya dengan Malaysia. Tekak kita sama, jadi nak menelannya pun bukan masalah besar untuk kita-kita yang tekak nya wajib untuk menjamah nasi walau dimana pun tekak kita berada iye idok...
Ehsan Google
Ehsan Google
Selamat 4 hari 3 malam kami di Lombok, rombongan kami bermalam di Hotel Griya Asri yang terletak di Mataram. Malam tiada aktiviti lain selain merehatkan badan dan bersedia dengan aktiviti yang mencabar keesokkan harinya. Aku pulak boleh melayan siaran dangdut indon bila nampak Mas Idayu menjadi pengadil untuk pertandingan nyanyian tersebut. Layankan aje sambil sambung balik mengilai baca "Kisah Laki Bini".



1/12/2015 - Selasa
Subhanallah...kami masih bernafas pada awal bulan Disember 2015. Pejam celik pejam celik dah hampir sampai ke penghujung tahun 2015. Pukul 8pagi kami bersedia untuk bersarapan pagi dan mewajibkan diri menjamah nasi diawal pagi untuk aktiviti selepas ini. Pancake kat sini sedap ooo...


Disebabkan mengikuti rombongan mat-mat motor, jadi kami pun memulakan pengembaraan kami menaiki scooter sewa. 17 buah scooter memenuhi ruang jalan untuk menelusuri perjalanan hari pertama kami ke Kuta Lombok. Bersedialah pakai sunblock wei.. Kepanasan disini hampir mencecah 37 darjah celcius bak hang!!! 


Woooha!

~Kuta Lombok~

80km jugak perjalanan kami ke Kuta Lombok. Mau lenguh pinggang & pinggul den nie ha... Bila sampai je ke pantai.. Ya Allah!!! kehebatan mana lagi yang mampu didustakan... Ciptaan Allah yang maha agung terbentang didepan mata menunjukkan bertapa cantiknya pantai dan jernihnya laut yang diciptakannya.




Disini kena berhati-hati sikit, kali kedua kena hurung lagik. Lari mana pun dikejarnya. Diatas bukit, tepi pantai, diparking memang tak boleh lari wei... Tengokla hakak tepi pantai nun kiri kanan diapitnya.. Hahaha...



~ Pantai Pink~ 
60km lagi perjalanan kami ke pantai seterusnya. Perjalanan kali ini lagi mencabar. Jalan yang masih tak berturap sepenuhnya menambah sengalnya pinggang aku. Berkat doa dan zikir sepanjang perjalanan menguatkan semangat untuk meneruskan cabaran ini chewah!!!

Kenapa nama pantai pink yek??? Hah!!! sebab ada batu-batu kecil dipantai berwarna pink yang menyebabkan pantainya digelar begitu. Cabaran jalan yang tak berturap memungkinkan pantai ini sunyi tanpa pengunjung tapi inilah masanya lelaki-lelaki gagah ini bermandi manda tanpa halangan. Dipantai Pink ini juga kami menjamak solat dan mengqadha hajat yang tak tertahan disebabkan perjalanan yang berliku-liku. Huh!

Isi minyak dulu. Mana2 je ada ada jual minyak. Kat hutan pun jumpa so tak perlu risau kalau minyak habis 
Tengok-tengok jalan tuh! 60km wei kami redah..
90%  adalah penganut islam di Lombok. Jadi pasti ada tempat untuk bersolat dengan selesa.
Kanak-kanak riang ria..
Malamnya kami menjamu selera di kedai masakan pinang. Masing-masing melahap dengan rakusnya..Manakan tidak, perjalanan jauh berbatu -batu plus panas terik yang membahang dr pagi membuatkan kami membalasnya dengan berpinggan-pinggan nasi hahahaha...


Stay tuned for more details... lalalala~~~

Comments

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Elang Lombok Tour.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Lombok Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    ELANG LOMBOK TOUR
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Lombok island dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, ELANG LOMBOK TOUR menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :
    AFFANDI
    BBM 51fd8768
    Mobile : +62 8223 771 6583 ( WhatsApp )

    ReplyDelete
  2. Best article. Terima kasih dah berkunjung ke Lombok.

    Kawan2 yang punya plan nak cuti ke Lombok, jom tanya info soalan tempat2 cantik kat Lombok, harga transport atau harga pakej Lombok, boleh via:
    WhatsApp: +62-878-6000-1036
    Email: info.lombokfun@gmail.com
    Web: www.lombokfuntravel.com

    LOMBOK FUN TRAVEL INC.
    Professional | Terpercaya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hebatnya hubungan adik-beradik !

❦Baju Nikah❦