Ulangtahun Kelahiran yg ke -27 tahun

***21 February 2013***


Alhamdulillah... syukur pada pencipta kerana masih membenarkan diriku hidup dan bernafas di muka buminya hingga usia 27 tahun. Allah masih mengizinkan aku untuk meraikan ulang tahun kelahiran bersama keluarga dan sahabat tercinta. Yang Maha Agung masih sudi meminjamkan waktu pada ku merasai nikmat hidup berumahtangga. Moga Ilahi masih mahu memberi peluang padaku untuk merasai pula nikmat menjadi ibu pada anak-anak kami kelak amin...


Ya Allah Ya Tuhanku...
Maafkan aku atas kealpaan ku selama ini...
Maafkan aku mensia-siakan masa yang engkau berikan padaku...
Maafkan aku jika sebelum ni aku tak menghargai nikmat kurniamu...


Kasihanila aku Ya Allah...
Aku berjanji akan lebih berusaha untuk menjadi hamba yang taat pada perintahmu dan menjauhi larangan mu..
Aku berjanji akan menjadi anak yang lebih berbakti pada kedua ibubapaku...
Aku berjanji akan lebih berusaha membahagiakan suamiku...


Bantu dan pimpin la aku Ya Allah untuk melaksanakan janjiku padamu...
Terima kasih Ya Allah kerana sentiasa memakbulkan doaku...
Akan ku berusaha untuk lebih mendekatkan diri dan bersujud padamu...


Ameen~

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hebatnya hubungan adik-beradik !

유 ♥ 웃

❦Baju Nikah❦