Hidup ini pilihan. Apapun yang membuatkan kita sedih, tinggalkan. Dan apapun yang membuat kita tersenyum.. Jangan lepaskan!!!
❦Baju Nikah❦
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
Saya mahukan begini & begitu. Harap maklum pada tailor saya yang hebat. Wah!!! pujian pada yang sudi menjahit. Pilihan saya yang sopan dan menarik serta mudah untuk solat sunat bersama selepas nikah InsyaAllah ❤
Tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya. Maaf zahir & batin. Moga ramadhan kali ini menjadikan kita lebih baik dari ramadhan sebelumnya. Insya Allah... Hari ini saya cuba ketengahkan topik "Kasih Sayang Sesama Insan". Hati tergerak untuk menaip atas permintaan abang angkat kesayangan saya nie. Harapan saya agar abang saya ini berpuashati dengan kupasan peribadi tentang dirinya diruang ini. Kadang-kadang kita tak perasan pun yang kita pernah berprasangka buruk dan prejudis pada sesuatu bangsa atau kaum. Kita manusia biasa tak lari dari berbuat salah. Saya sendiri pernah berprasangka negatif pada bangsa lain tapi bila dah berkerja dan berkawan dengan mereka ternyata telahan saya salah sama sekali. Rambut sama hitam tapi hati lain-lain, tetapi ikut zaman kita nie rambut tak sama hitam, hati lagila pulak kan. Alhamdulillah saya berpeluang mengenali mereka yang saya kasihi. Ini cerita saya, sahabat saya dan keluarga baru saya. Moga ikatan ini akan kekal hi...
~Episod 1~ Alhamdulillah pulau idaman sudah diterjah. Kepuasan bercuti kali ini apabila dipenuhi aktiviti dari awal pagi hingga ke malam hari. Walau hanya 4hari 3malam tapi cukup memberi pengalaman yang paling berharga dalam hidup. Moga secebis pengalaman ini mampu membuatkan anda disana meletakkan Lombok sebagai salah satu tempat yang patut anda terjah dan hayati keindahannya.. InsyaAllah.. 30/11/2015 - Isnin Percutian ke Lombok adalah salah satu aktiviti suami bersama kawan-kawannya. Kali ini kami bercuti bukan berdua tapi disertai oleh 20 orang lelaki yang gagah perkasa dan 4 wanita yang gigih melayani keletah mereka yang bermacam-macam ragam dan gaya. Biasalah bila ramai dikalangan lelaki gagah ini bercuti tanpa anak dan bini, perangai kebudak-budakkan terserlah 200% tetapi yang pastinya bercuti bersama mereka adalah pengalaman yang sangat menyeronokkan. Flight kami dari KLIA2 ke Lombok mengambil masa selama 3jam. Ada sedikit kelewatan untuk flight AirAsia j...
Alhamdulillah.. syukur Allah permudahkan urusan saya untuk menyiapkan segala misi raja sehari ni. Seronok tengok kawan-kawan dan sedara-mara meraikan majlis masing-masing. Moga bahagia hendaknya. Amin~ Seronok seronok juga tapi saya sendiri agak terkapai-kapai dalam merencana majlis raja sehari ini. Jadi mungkin ini akan jadi panduan bersama. Perkara paling penting yang perlu difikirkan adalah TARIKH untuk menjadi raja sehari. Bukan mudah nak mengumpulkan ahli keluarga dan sahabat-handai untuk meraikan bersama. Ya jugak hadapi kesukaran untuk memilih tarikh yg bersesuaian. InsyaAllah jika tiada aral melintang majlis akan berjalan seperti yang dirancang. Perkara yang kedua TEMPAT untuk meraikannya. Sama ada di dewan atau di rumah terpulang pada pilihan masing-masing. Sepakat dari keluarga untuk menyambutnya didewan. Niatnya adalah untuk tidak memenatkan ibu dan ayah untuk mengemaskan semula selepas majlis. Syukur tempahan dewan selesai dengan jayanya. CATERING perkara ketiga yang ...
sama la..jenis camni cantik..tp aku nak cari yg boleh terus bawak makan beradab..haha
ReplyDeleteKo bila plk cik?
ReplyDelete