Hidup ini pilihan. Apapun yang membuatkan kita sedih, tinggalkan. Dan apapun yang membuat kita tersenyum.. Jangan lepaskan!!!
Apa niat anda?
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
♥ Jika asas perkahwinan adalah kerana harta, maka pasangan bakal bercerai jika ekonomi dalam rumah tangga merudum dan muflis.
♥ Jika asas perkahwinan adalah kerana kepuasan nafsu, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan.
♥ Jika asas perkahwinan kerana kecantikan wajah dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi... gendut.
♥ Jika asas perkahwinan kerana anak, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir.
♥ Jika asas perkahwinan kerana keperibadian, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.
♥ Jika asas perkahwinan kerana cinta, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi.
Namun,
♥ Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya.。◕‿◕。
Tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya. Maaf zahir & batin. Moga ramadhan kali ini menjadikan kita lebih baik dari ramadhan sebelumnya. Insya Allah... Hari ini saya cuba ketengahkan topik "Kasih Sayang Sesama Insan". Hati tergerak untuk menaip atas permintaan abang angkat kesayangan saya nie. Harapan saya agar abang saya ini berpuashati dengan kupasan peribadi tentang dirinya diruang ini. Kadang-kadang kita tak perasan pun yang kita pernah berprasangka buruk dan prejudis pada sesuatu bangsa atau kaum. Kita manusia biasa tak lari dari berbuat salah. Saya sendiri pernah berprasangka negatif pada bangsa lain tapi bila dah berkerja dan berkawan dengan mereka ternyata telahan saya salah sama sekali. Rambut sama hitam tapi hati lain-lain, tetapi ikut zaman kita nie rambut tak sama hitam, hati lagila pulak kan. Alhamdulillah saya berpeluang mengenali mereka yang saya kasihi. Ini cerita saya, sahabat saya dan keluarga baru saya. Moga ikatan ini akan kekal hi...
~Episod 1~ Alhamdulillah pulau idaman sudah diterjah. Kepuasan bercuti kali ini apabila dipenuhi aktiviti dari awal pagi hingga ke malam hari. Walau hanya 4hari 3malam tapi cukup memberi pengalaman yang paling berharga dalam hidup. Moga secebis pengalaman ini mampu membuatkan anda disana meletakkan Lombok sebagai salah satu tempat yang patut anda terjah dan hayati keindahannya.. InsyaAllah.. 30/11/2015 - Isnin Percutian ke Lombok adalah salah satu aktiviti suami bersama kawan-kawannya. Kali ini kami bercuti bukan berdua tapi disertai oleh 20 orang lelaki yang gagah perkasa dan 4 wanita yang gigih melayani keletah mereka yang bermacam-macam ragam dan gaya. Biasalah bila ramai dikalangan lelaki gagah ini bercuti tanpa anak dan bini, perangai kebudak-budakkan terserlah 200% tetapi yang pastinya bercuti bersama mereka adalah pengalaman yang sangat menyeronokkan. Flight kami dari KLIA2 ke Lombok mengambil masa selama 3jam. Ada sedikit kelewatan untuk flight AirAsia j...
Lama sudah Ya tak mengemas kini blog yang dah bersawang ni... nak kata sibuk tak de la sibuk mana.. kadang-kadang terlupa pun ada hehehe... bila ada mood menaip ni dgn lafaz bismillah Ya mulakan balik aktiviti lapang di waktu bujang dl ;p Rasanya blog ni dah umpama dairi terbuka utk Ya meluahkan perasan,cerita dan isi hati. Lumrah alam manusia biasa suka pada cerita dan penceritaan. Jadi Ya akan mulakan episod baru dalam kehidupan bergelar isteri. Niat hati nak bermula dari awal (dr persiapan ratu sehari,sewaktu majlis dan selepas majlis) tapi rsnya Ya ada benda penting nak khabarkan disini. InsyaAllah muka surat seterusnya akan menyusul dengan segala perancangan yg telah diatur didalam kepala. Hari-hari diwaktu kelapangan Ya tak akan terlepas mengulangi episod baru dalam hidup selepas sah Dia Terima Nikahnya. Syahdu,terharu,bangga,gementar dan bermacam-macam lagi perasaan bercampur menjadi satu dapat diulang dan diingati berkali-kali dizaman cyber ini. Dalam masa yang sama dapat j...
Comments
Post a Comment