~Sabah Negeri Dibawah Bayu~ Episod 1

Indah! Hanya satu perkataan tetapi mampu menceritakan keindahan negeri Sabah.

Banyak tempat persinggahan yang boleh dilawati.
Sediakan diri dengan fizikal yang sihat dan mental yang bebas untuk menyusuri setiap sudut dan pelosok negeri dibawah bayu ini.

Terdapat banyak rujukan yang boleh diambil sebelum bercuti disini. Saya sediakan satu, hasil pengalaman saya dan suami sepanjang bercuti di Sabah.

Percutian kali ini mengambil masa 5 hari 4 malam.
Tarikh : 29/6/2014 - 3/7/2014 (Bulan Puasa)
Walaupun bercuti dibulan puasa tapi kaki tetap melangkah gagah.
Kebaikannya disini boleh skip makan tengahari dan cepat sampai ke destinasi hehehe..
Baiklah dibawah saya akan menceritakan satu persatu destinasi yang kami tuju, pengalaman dari airport KKIA, penginapan, tempat makan dan destinasi yang menarik.
Penerbangan ke Sabah mengambil masa 2jam 30minit.
KLIA > Labuan (2 Jam)
Labuan > KKIA (30 Minit)


  • Kereta Sewa

Apabila sampai je di airport Kota Kinabalu (KKIA), rajin-rajinkan diri untuk survey perkhidmatan kereta sewa disitu. Suami memilih untuk menyewa dari Hertz, kelebihannya disini mungkin agak mudah untuk rujuk pada mereka semula jika berlaku kesulitan pada kenderaan kerana perkhidmatannya terdapat di airport itu sendiri.


  • Penginapan ( 5 Hari 4 Malam)
Penginapan kami di Grand Borneo Hotel
Cantik sebab bila bukak je tirai tu nampak hampir keseluruhan bandar Kota Kinabalu.
Kelebihan hotel nie ialah dibawahnya terdapat Hypermarket. So tak perlu pergi jauh2 untuk cari makanan dan menonton wayang. 5 bintang disitu!

Nila rupa biliknya. Cantikkan..
Sumber : Google

Selesanya....
Destinasi Kami :-

Hari Pertama

  • Masjid Bandaran Sabah

Alhamdulillah..Saya sampai ke Sabah pukul 12.45 tengahari. Disebabkan waktu untuk Check-In di Hotel pukul 2 petang jadi kami memilih untuk beriktikaf di Masjid Bandaran a.k.a Masjid Terapung untuk jamak & qasar solat Zuhur dan Asar.Untuk makluman waktu di Sabah 1 jam awal dari Semenanjung Malaysia.
Cantik masjid ni. Ramai pelancong datang untuk bergambar kenang-kenangan tak terkecuali juga kami. Usai solat kami memilih untuk meronda disekitar bandar Kota Kinabalu. Melihat gelagat pelancong dan orang tempatan membuatkan saya bertambah kagum dengan kekuasaan Allah yang mencipta manusia berbeza rupa daripada pelbagai negara.

Sumber : Google

  •  Anjung Selera
Hari pertama dibulan Ramadhan suami memilih untuk bercanda ditepian pantai sambil menikmati deruan angin sepoi-sepoi bahasa di Anjung Selera. Alhamdulillah..perut kami kenyang dipenuhi dengan Siakap 3 rasa, Kerang bakar, dan Sotong goreng tepung. Mungkin dihari pertama Ramadhan jadi pelayan kurang peka dengan permintaan tomyam dari kami. Makanan pula agak kurang rasa dan rempahnya tapi kami tetap bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan. Tak boleh tahan dengan kerangnya yang besar. Berhati-hati makan kerang, pastikan kerang terbuka bila dibakar sebab itu yang paling enak dan selamat dimakan.

Besar nila kerangnya..
Sumber : Google



Hari Ke-2

  • Kinabalu Park Complex
Tiket masuk ke sini hanya RM3.00. Cukup berbaloi dengan pemandangan yang indah untuk dirasai. 


Terdapat 10 Nature Trails di dalam Kinabalu Park ni. Disebabkan pakaian dan kasut kami tak sesuai untuk mendaki jadi kami memilih untuk berjalan sambil menikmati pemandangan ciptaan Allah yang mendamaikan jiwa.


Dikhabarkan disinilah pintu masuk ke Gunung Kinabalu. Kepoyoan kami menyerlah bila hanya mampu mengambil gambar di pintu masuk dan pintu keluarnya sahaja. Lol!



Agak frust jugak bila tak dapat melihat Gunung Kinabalu dari jarak dekat disebabkan kabus yng tebal. Dengan semangat dan harapan yang mengunung untuk fefeling umpama dapat melangkah kaki ke sana kami tetap bergambar sakan walaupun kabus tebal setebal mekap Cik Ta.. Hahaha...


Perjalanan kami tidak habis disini. Di dalam Kinabalu Park terdapat Botanical Garden yang dipenuhi dengan flora & fauna yang terbentang luas didepan mata. Kejernihan air sungai dan bunyi cengkerik dan burung  hutan yang bersahut-sahutan berzikir ke hadrat ilahi membuatkan kami tidak langsung merasai kepenatan berjalan dibulan Ramadhan. Tiket masuk ke sini cuma RM4.00 seorang.






  • Desa Cattle Dairy Farm, Mesilau Kundasang
Inilah tempat yang ditunggu-tunggu. Ala-ala New Zealand di bumi Malaysia. Setelah menempuhi jalan yang mencabar umpama di Cameron Highland, sampailah jua kami disini. Sebaik sahaja keluar dari kereta, hidung  kami kembang kuncup dengan bau lembu-lembu yang bergelimpangan diberi makan. Rumput disini sangatla lebat and hijau tak henti-henti melambai kepada kami,dengan kehadiran angin yang bertiup kuat membuatkan kami mengigil kesejukan. 



Lembu yang terdapat disini hanya species hitam dan putih sahaja. Terdapat 2 aktiviti yang disediakan disini. Pertama : Beri makan lembu &  Kedua : Perah susu lembu. Disebabkan kami tiba pada waktu tengahari jadi hanya pilihan yang pertama dapat dibuat. Pilihan kedua hanya bermula pada pukul 2 @ 3 petang sahaja. Kejinakan binatang disini begitu terserlah. Mungkin disebabkan kekerapan menerima tetamu, lembu & kambing disini agak suka dibelai.



Dengan bayaran masuk sebanyak RM4.00 memberikan kami pengalaman yang sangat menakjubkan. Benarlah kata orang "banyak berjalan luas pemandangan". 



Jangan lepaskan peluang bergambar dibatu besar ini sebagai kenang-kenangan. Berhati-hati juga ketika memanjat kerana risiko & akibatnya dibawah tanggungan sendiri. 



Oklah berhenti sini dulu. Saya sambung episod pengembaraan kami di kemudian hari. InsyaAllah...


Comments

Popular posts from this blog

:: Teristimewa ::

:: Redah & Terjah ke Lombok ::

Corat-coret!!! 2012